MH Cover Guy 2015 : Ridwan Mustafa

Perkara yang paling membuatkan saya tertekan pada waktu dulu (berat 120kg) adalah saiz perut dan lemak di bahagian perut dan dada yang berlebihan. Masalah lemak perut sangat menghantui hidup saya sehingga saya memakai seluar bersaiz 44inci. besar kan?

Keinginan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal lahir apabila saya sering membaca majalah-majalah kesihatan, melihat model fitness membuatkan saya ingin menjadi seperti mereka.

Saya nekad, saya harus berusaha sehingga saya dapat mencapai angan-angan dan impian saya itu. Ketika saya memulakan perjalanan menurunkan berat badan, saya banyak membaca dan mencari ilmu untuk menurunkan berat dan membentuk badan yang kekar.

MH Cover Guy 2015 : Ridwan Mustafa

Alhamdullilah setelah mencuba dan berusaha beberapa tahun saya dapat memiliki badan yang saya impikan itu sehingga saya terpilih sebagai seorang finalis MH Cover Guy 2015, pertandingan yang mencari lelaki penghias muka depan majalah kesihatan bahasa ingeris no 1 Malaysia, Men’s Health.

Tahukan anda, salah satu cara yang mudah untuk mengetahui jika anda mempunyai terlalu banyak lemak di bahagian abdomen ialah dengan mengukur ukur lilit pinggang.

Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Jika ukur lilit pinggang anda melebihi dari apa yang sepatutnya saya pasti perut anda membulat ke hadapan seperti orang mengandung tujuh bulan bukan?

Tapi jangan risau! Menghilangkan lemak perut adalah lebih mudah daripada yang anda sangkakan.

Dengan perancangan yang sistematik ia sebenarnya lebih mudah untuk dihilangkan. Berpegang kepada tip yang saya kongsikan ini saya pasti anda boleh dapatkan perut yang kempis dan seksi 🙂

1)MEMBAKAR LEMAK DI PERUT DENGAN CEPAT DENGAN BERLARI

Antara yang saya sering lakukan untuk menurunkan berat badan dan membuang lemak di perut adalah dengan memulakan sukan larian.

Jika anda lihat di instagram saya, saya sentiasa mengamalkan larian dan latihan kardiovaskular yang lain seperti berenang untuk membantu saya mempercepatkan proses penurunan berat dan mengekalkan bentuk badan saya.

KENAPA LARIAN?

Sebuah kajian yang dilakukan di Universiti Duke mendapati bahawa berjoging bersamaan 12 batu (19.3KM)  seminggu sudah cukup untuk mencairkan lemak yang terkumpul di perut anda dengan syarat gaya pemakanan yang betul dan tersusun

BACA: MAKANAN UNTUK TURUN BERAT DAN TINGKATKAN STAMINA

Anda boleh mengurangkan lemak perut dengan berjoging pada jarak yang sama setiap hari secara konsisten.

Akan tetapi, jika anda mahu untuk MEMBAKAR LEMAK DENGAN LEBIH CEPAT saya sarankan untuk anda melakukan senaman “Interval Running” menurut kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Obesity”

“Interval Running” hanya pernah digunakan hanya oleh ahli sukan profesional, tetapi kini ia telah menjadi satu prosedur senaman biasa bagi semua orang.

“Interval Running” bermaksud anda berlari pada kadar yang tertentu, contohnya 14.5kmh untuk 2 minit  dan kemudian kembali ke berlari pada 9.6kmh untuk 30 saat dan ulang sebanyak 5 set.

cara hilangkan lemak perut
Berlari salah satu sukan yang mampu menguatkan otot kaki

Untuk yang baru ingin belajar, Anda juga boleh memulakan kaedah larian “Interval Running” seperti yang saya amalkan waktu awal dahulu dengan berjoging di 4km/h selama 2 minit dan kemudian berlari di 9.6km/h selama 30 saat.

Kaedah INTERVAL RUNNING ini akan menyebabkan badan anda membakar lebih banyak lemak dan juga dapat meningkatkan keupayaan kecergasan kardiovaskular anda. Lama kelamaan anda akan dapat berjalan dengan lebih lama, lebih cepat dan dengan stamina yang tinggi disamping menghilangkan pakej “belly fat” anda yang gah membulat itu.

2. BERBASIKAL MAMPU KURANGKAN LEMAK PERUT ANDA

Ada juga dikalangan kita yang kurang gemar berlari atau berjogging dan lebih memilih sukan berbasikal sebagai aktiviti riadah. Berbasikal juga tidak kurang hebatnya dalam membantu kita menurunkan berat dan mengurangkan lebihan lemak diperut.

Menunggang basikal dengan kerap dapat membantu anda mencapai defisit kalori yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan tapi perlu di ingat! ia mestilah berserta dengan kombinasi diet sihat.

Jika anda mengurangkan pengambilan kalori harian anda dengan 250 kalori, dan anda membakar 250 kalori setiap hari dengan menunggang basikal, secara teorinya anda boleh menghilangkan kira-kira satu paun lemak badan setiap minggu seeterusnya sedikit demi sedikit “belly fat” anda juga dapat dikurangkan

Berbasikal dimana sahaja mampu membantu anda mengekalkan kehidupan yang sihat

Berbasikal adalah satu bentuk senaman kardio yang popular dan berkesan dalam mengurangkan berat badan seseorang.

Menurut sebuah kajian yang dilaporkan di livehealthy.chron.com menyatakan bahawa erbasikal secara sederhana dalam masa satu jam boleh membakar antara 470 dan 745 kalori bergantung kepada saiz dan berat badan anda.

Manakala berbasikal secara kuat tanpa henti selama sejam boleh membakar antara 590 dan 930 kalori. Kalori yang terbakar akan membantu anda membakar lemak di seluruh tubuh anda, termasuk lemak perut anda.

Bayangkan bagaimana hebatnya pembakaran kalori jika kita melakukan aktiviti santai seperti berbasikal ini, ia mudah tapi kenapa kita sering memikirkan ia sangat susah di lakukan?

3. BERENANG MEMPERCEPATKAN PENURUNAN BERAT DAN HILANGKAN LEMAK PERUT

Berenang mampu menghapuskan lemak di badan

Berenang antara senaman kardiovaskular yang popular dalam proses menurunkan berat dan menghilangkan lemak di badan terutamanya di perut.

Selain berlari, saya sangat menggemari sukan renang ini kerana keberkesananya dalam meningkatkan sistem kardiovaskular dan mengekalkan bentuk badan saya.

Ajar anak-anak kita untuk berenang kerana ia bagus untuk kesihatan

Entri sebelum ini bercerita sangat jelas tentang kebaikan sukan renang untuk menurunkan berat badan seseorang

BACA: BERENANG MAMPU TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Suka saya memetik satu kajian University of Utah yang menyatakan

 aktiviti berenang selama 40 minit adalah lebih efektif dalam menurunkan berat badan berbanding dengan aktiviti luar air contohnya berlari dan berjalan dalam masa yang sama.

Renang. saya amalkan untuk turunkan berat dan mengekalkan bentuk badan

Ini adalah antara fakta yang membuktikan sukan renang ini mampu untuk menurunkan berat badan seseorang sekaligus dapat mengurang lemak di keseluruhan badan terutamanya lemak di bahagian perut. Saya sangat percaya kepada fakta ini.

4. WEIGHT TRAINING

Selain latihan kardiovaskular yang di nyatakan di atas, bentuk badan yang menawan sangat bergantung kepada latihan beban yang mana latihan beban mampu untuk memberikan bentuk kepada otot badan.

Saya akui saya menjalani kehidupan yang agak rigid apabila hampir setiap hari saya akan membuat kombinasi latihan kardiovaskular dan latihan beban di gymnasium.

Selain di gymnasium, saya banyak juga melakukan latihan beban di rumah. Ia sangat bagus untuk yang kekurangan masa untuk ke gymnasium atau berlatih dirumah.

Anda boleh merujuk beberapa jenis latihan beban yang boleh dilakukan dirumah dalam entri sebelum ini

BACA: HOME WORKOUT TO LOSE WEIGHT

Jika anda buntu bagaimana untuk bermula, dari mana dan bagaimana, jangan takut untuk bertanya dan berguru.

Ini adalah amat penting kerana latihan yang betul akan memberikan kesan yang maksimum kepada badan dan mengurangkan risiko kecederaan kepada badan. mungkin ini dapat membantu anda

BACA: LATIHAN BEBAN UNTUK BEGINNER

Latihan beban sangat penting untuk mengurangkan kesan kulit menggeleber akibat dari penurunan berat badan, kulit menggeleber adalah masalah biasa yang sering di hadapi pada seseorang yang mengalami penurunan berat badan.

BACA: ATASI KULIT MENGGELEBER DAN STRETCH MARK

PERCAYALAH

Dengan melakukan kesemua latihan kardiovaskular dan Latihan beban yang di ceritakan ini dapat membantu anda menurunkan berat sekaligus menghilangkan lemak di perut.

Mungkin selepas anda membaca entri ini anda sedar sebenarnya tidak ada rahsia untuk menurunkan berat dan mengurangkan lemak di perut, yang hilang sebenarnya kesedaran kita tentang kebaikan latihan yang saya nyatakan di atas.

Tugas saya adalah untuk memberi anda panduan dan tips yang terususun untuk anda sentiasa mengamalkanya dan mecapai kualititi hidup yang terbaik demi masa depan anda 🙂

Untuk Mendapatkan Tips Pemakanan untuk mengurangkan Belly fat (sila subscribe Ridwanmustafa.com) Khas untuk susbcriber sahaja.

SPONSORED

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here