Bukan mudah untuk mencari cara kuruskan badan untuk mengatasi masalah kegemukan pada diri sendiri. Namun, ia tidak mustahil untuk dilakukan tetapi memerlukan kecekalan diri.

Terdapat pelbagai cara kuruskan badan yang boleh diamalkan tetapi yang manakah paling sesuai untuk anda?

Kebelakangan ini perkembangan gaya hidup sihat nampaknya semakin menular di kalangan masyarakat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Contohnya lambakan pelbagai acara larian di segenap pelusuk negara menjadikan sukan larian seolan-olah satu fenomena baru kepada masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, pertambahan pelbagai konsep senaman berkumpulan untuk misi menurunkan berat badan nampaknya menjadi trend masyarakat kini.

Konsep bijak yang diasaskan oleh Jurulatih Kesihatan popular Malaysia kevin Zahri menjadikan Kevin Zahri antara Trend Setter kepada industri kesihatan di Malaysia sejak kebelakangan ini.Cara Kuruskan Badan - Aspek Pemakanan

Pun begitu, RM.com masih terpanggil untuk berkongsi tentang 3 cara paling senang untuk menurunkan berat badan kepada sesiapa yang ingin mencapai berat badan ideal dan jadikan ia sebagai amalan hidup. Jom soroti entri kali ini

1. Amalkan konsep “KPI”, “HUTANG” dan “CARRY FORWARD” dalam bersenam

Cara kuruskan badan yang pertama. Bersenam merupakan elemen yang sangat penting dalam menurunkan berat badan, jadi ia harus diamalkan selalu dan ia adalah medium terbaik untuk membakar lemak yang berlebihan dalam badan

Apa itu konsep KPI, HUTANG dan CARRY FORWARD

Ini konsep yang saya amalkan selalu, setiap hari saya akan meletakan KPI untuk bersenam dan senaman yang saya pilih adalah larian sejauh 10km, maka setiap hari saya akan berlari minimum 10km.

Katakan jika hari ni saya hanya sempat untuk berlari 3km dan tidak sempat untuk menghabiskan 10km atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, saya di kira sebagai berhutang dan HUTANG itu harus dibayar pada hari lain atau keseokan harinya, maka saya akan CARRY FORWARD baki 7km untuk keesokan harinya dan jumlah saya perlu langsaikan pada esok hari adalah 17km.

Inilah cara kuruskan badan yang saya amalkan. Kedengaran agak kejam bukan?

Tapi percayalah cara kuruskan badan ini adalah salah satu cara untuk kita mendisiplinkan diri kita, cari lah sedikit ruang dan masa untuk kesihatan badan anda. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya setelah diamalkan selama 3 bulan dan ia akan menjadi habit dalam hidup anda, percayalah.

NAK KURUS? TAPI SIBUK DENGAN KERJA? 5 TIPS UNTUK ANDA

Bagi yang bekerja cadangan saya adalah bangun seawal jam 5 pagi dan mulakan misi anda. kalau tidak mampu 10km mungkin 2, 3 atau 4 km atau berapa sahaja jarak yang anda mampu tidak mengapa.

2. Amalkan Konsep “LESS IS MORE

Cara kuruskan badan yang kedua. Is More adalah satu frasa yang selalu di gunakan dalam industri fesyen.

Bak kata orang jangan pakai berlebihan sehingga menampakkan kita seperti pokok krismas, kadang ada betulnya frasa tersebut bukan.

Begitu juga dalam usaha kita mencapai berat badan ideal atau menurunkan berat badan, tidak perlu berlebihan sehingga menyeksa badan, cukup sekadar menikmati proses yang kita set sebagai KPI kita kerana ia merupakan satu amalan yang perlu dilakukan selama-lamanya bukan sekadar untuk satu jangka masa yang pendek.

LESS IS MORE dalam berdiet atau memilih makanan

Untuk kali ini, saya tidak akan berkongsi fakta saintifik apa yang anda perlu makan untuk menurukan berat badan kerana saya pecaya banyak fakta saintifik yang anda boleh dapat dalam dunia yang serba moden ini.

Berbalik kepada konsep LESS IS MORE, ia adalah konsep yang saya amalkan sehingga sekarang dalam mengekalkan kesihatan saya setelah berjaya turun sebanyak 42kg. Bukan setakat mengekalkan kesihatan malah megekalkan bentuk tubuh yang ideal.

BACA: TURUN BERAT 45KG DAN BERJAYA HILANGKAN BELLY FAT, INI PEMAKANAN YANG SAYA AMALKAN

BACA: TURUN 45KG DAN HAPUSKAN LEMAK PERUT (BELLY FAT), INI 4 JENIS SENAMAN SAYA AMALKAN

Konsepnya mudah dan anda boleh jadikan ia KPI baru dalam pemilihan makanan anda, apa yang saya amalkan ada 4 perkara :

  1. Kurangkan Garam
  2. Kurangkan Gula
  3. Kurangkan Minyak
  4. Kurangkan Karbohidrat

Perkara yang saya senaraikan diatas adalah musuh utama kepada kesihatan badan ( Untuk penjelasan lebih terperinci, sila buat sedikit pembacaan dan kajian), jika diambil secara berlebihan pasti padah akan singgah kepada kita. Maka kuantitinya perlu diambil secara betul dan tepat dengan keperluan badan supaya tidak memudaratkan kesihatan. Jadi bagaimana nak kurangkan nya? Mudah sahaja.

Lakukan PERBANDINGAN ANTARA MENU SEMALAM DENGAN HARI INI

Ini adalah sangat praktikal, secara logiknya jika kita ingat dan mula membandingkan menu yang kita pilih untuk semalam dan hari ini, waktu itu juga kita mula bandingkan kuantiti makanan yang kita ambil. Sebagai contoh jika semalam kita makan 2 senduk nasi maka hari ini ambilah 1.5 senduk atau 1 senduk.  Jika semalam kita makan ayam goreng 2 ketul, maka hari ni pilihlah seketul ayam goreng dan seketul ayam bakar, secara tak lansung ia mengajar kita untuk terus mengurangkan bahan-bahan yang dinyatakan diatas tanpa perlu berfikir semua fakta saintifik tentang setiap jenis makanan tersebut.

Lakukan PERBANDINGAN ANTARA JENIS MAKANAN

Cara ini sangat mudah, dimana anda hanya perlu melakukan perbandingan dengan mata kasar. Sebagai contoh, antara Ikan Bakar dengan Ikan Goreng? secara logiknya kandungan minyak dalam ikan bakar lebih sedikit berbanding ikan goreng bukan? maka pilihlah ikan Bakar. Antara ulaman segar dengan sayur yang sudah dimasak dan digoreng, yang mana lebih kurang kandungan bahan yang dinyatakan diatas? ulaman segar bukan? maka pilihlah ulam-ulam segar sebagai pelengkap hidangan anda.

Senang bukan? percayalah jika ia terus di amalkan saya yakin method ini adalah method paling santai dalam megawal cara kita berdiet dalam masa yang sama melatih diri untuk terus berdisiplin dalam berdiet. Alhamdullilah sejak 2010 saya memulakan misi menurunkan berat, method ini sangat membantu saya hingga ke hari ni.

3. Idola dan inspirasi sebagai IMAGINARY WORKOUT BUDDY

Cara kuruskan badan yang ketiga. Bercerita tentang idola dan inspirasi, satu ketika dulu, saya sering mengidolakan perserta-peserta Biggest Loser dalam membantu saya untuk menurunkan berat badan.

Apa yang saya lakukan adalah sering membaca kisah mereka dan jadikan mereka idola saya.

Saya tanamkan dalam otak saya, jika mereka boleh saya juga boleh lakukan sehingga saya jadikan mereka sebagai Imaginary Workout buddy saya setiap kali melangkah kaki ke gym atau dalam melakukan apa sahaja senaman

Apabila saya bersenam saya sering tanamkan dalam minda saya yang saya sedang bersenam dengan mereka semua, jiwa saya makin kuat dan kental dalam menghabiskan latihan setiap hari dan ketika. Agak aneh bukan?

itulah kuasa minda kita yang mampu mendorong jasad kita untuk terus bergerak. Tahukah anda, kajian juga menunjukan inspirasi dan idola adalah elemen sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang.

“ROLE MODELS are highly important for us psychologically, helping to guide us through life during our development, to make important decisions that affect the outcome of our lives, and to help us find happiness in later life” Mark Thomas

Jadi tidak salah untuk anda mencari role model, idola dan inspirasi anda sendiri dan jadikan mereka imaginary Workout Buddy anda segera. Semoga kejayaan menjadi milik anda.

Penutup.

Entri kali ini adalah sangat santai dan bersahaja, sengaja saya untuk tidak penuhkan dada anda dengan pelbagai fakta saintifik kerana saya yakin dan percaya segala fakta saintifik itu bermula dari hipotesis dan logik akal manusia.

Ini masanya untuk anda bereksperimen dan mencuba sesuatu yang baru dalam menurunkan berat badan anda.

3 konsep amalan ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya dan tiada kena mengena dengan yang lain.

Jika baik jadikan amalan, jika tidak bagus untuk anda, teruskan mencari jalan yang terbaik, sesungguhnya pelbagai cara kuruskan badan lain yang anda mampu jumpa kita terus berusaha mencarinya.

SPONSORED

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here