Umum mengetahui bahawa berenang mampu menurunkan berat badan dan membentuk badan yang cantik. Namun, tidak ramai yang mampu untuk melakukannya dengan konsisten dan misi untuk menurunkan berat badan.

“Swimming is the forth most popular sports activity in the United State of America and a good way to get regular aerobic physical activity” -Centers for disease control and prevention,usa-

Berenang Di Air Terjun Chemerong

Oleh kerana popularnya sukan renang di Amerika Syarikat ini, maka lahirlah jaguh renang dunia yang sangat tidak asing lagi contohnya Micheal Phelps, Ion Thorpe dan Mark Spitz

Tidak dapat dinafikan berenang merupakan salah satu aktiviti sukan yang terkenal di seantero dunia.

Aktiviti berenang boleh dilakukan sebagai salah satu senaman yang berimpak rendah yakni tidak memberi tekanan kepada sistem rangka berbanding dengan senaman di gym.

Pun begitu kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri untuk kesihatan terutamanya proses menurunkan berat badan.

Berenang bukan sahaja membantu kecergasan fizikal, tetapi ia merangkumi pelbagai manfaat lain dalam satu masa yang sama.

“ Kill two birds with one stone”

Perumpaan inggeris  yang tepat dalam menggambarkan perkara ini. Persoalanya bagaimana mahu menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama dapat membina otot – otot badan?

Berenang merupakan salah satu jalan penyelesaianya. Untuk pengetahuan semua berenang merupakan salah satu senaman kardiovaskular yang popular dikalangan masyarakat untuk menurunkan berat badan dan ia juga dikatakan mampu memberikan bentuk badan yang menawan terutamanya pada bahagian dada dan bahu.

Sekarang kita akan pergi secara terperinci bagaimana sukan renang ini mampu untuk membina otot dan memberikan bentuk yang menarik kepada badan, sudah tentu anda semua nak tahu kan? Jadi jom kita singkap kebenaran tentang sukan renang ini.

1. MENAMBAH BAIK SISTEM PERNAFASAN

Hidup kita sangat bergantung kepada sistem pernafasan, badan yang sihat pasti tidak akan mengalami masalah pernafasan.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Desy Anjarwati tentang sukan renang, latihan kardiovaskular seperti berenang terbukti dapat menyelesaikan masalah pernafasan kepada pesakit asma kerana sistem kardiovaskular dan pernafasan akan menjadi kuat dan lancar.

Jom Belajar Berenang

Tahukan anda, pada Julai 2007 “Scientific World Journal” mengeluarkan data, selepas enam (6) bulan kajian kepada 65 Remaja tentang aktiviti sukan renang, ia terbukti dapat menambahbaik fungsi paru-paru sekaligus dapat mengelakkan serangan penyakit asma.

Bukan itu sahaja, Livestrong.com dalam artikelnya The Effects of Swimmming on the Lungs menyatakan bahawa berenang juga mampu membuatkan paru-paru berfungsi dengan baik dan dapat mengurangkan kadar degupan jantung serta menstabilkan tekanan darah.

Ini sangat penting kepada kesihatan keseluruhan badan manusia.

Menurut Datuk Dr Zainudin Md Zin, Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia (LFM) penyakit berkaitan masalah paru-paru adalah satu masalah konservatif di seluruh dunia.

Beliau juga mengatakan bahawa salah satu cara untuk menghindari masalah ini ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman seperti berenang dan berhenti merokok.

Jadi sekarang, anda mampu tersenyum jika anda seorang yang aktif dalam sukan renang ataupun hanya sekadar melakukanya untuk mengisi masa lapang, anda di atas landasan yang betul untuk mengekalkan kesihatan dan sistem pernafasan anda 🙂

2. BENTUK BADAN MENAWAN

Bentuk badan menawan adalah satu impian semua orang, khususnya jejaka pada zaman sekarang, Trend sado menjadi kegilaan ramai, maka berpusu-pusu lah manusia membanjiri gym untuk menjadi sado.

Saya yakin ramai di luar sana tahu akan kelebihan berenang untuk memberikan bentuk badan yang menarik itu. Persoalannya sejauh mana pengetahuan anda dan kefahaman anda tentang perkara ini?

Berenang Mampu Menurunkan Berat Badan
Salah Satu Cara Menurunkan Berat Badan Adalah Berenang

Tahukah anda, Menurut Terry Laughlin, presiden The New York-based swimming Think Tank Total Immersion,

renang gaya bebas (freestyle stroke) merupakan gaya renang yang terbaik untuk sistem kardiovaskular dan membina otot bahangian tengah badan (abs and core) dan memberikan badan bentuk V disamping membuatkan badan kelihatan lebih bidang,

lihat sahaja perenang – perenang antarabangsa seperi Michael Phelps yang mempunyai bentuk badan yang cukup bidang dan menawan. Untuk pengetahuan semua, seumur hidup lagenda renang dunia ini, tidak pernah sekalipun beliau membuat latihan mengangkat beban (weight lifting), hidupnya hanya melalui latihan dalam air yakni berenang.

Michael Phelps: “I’ve never lifted a single weight in my life. It’s all from training in the water, period. ” 8 Olympic Gold Medals in a single games.
Michael Phelps Interview – Sports Feature at IGN

Terbukti, dengan sukan renang, ia mampu membina otot dibahagian dada dan bahu agar kelihatan lebih kekar dan bidang.

Selain itu dengan sukan renang juga mampu untuk menghasilkan ton otot dan bentuk badan V yang lebih menyerlah untuk badan disamping mengurangkan lemak pada badan.

Ia juga membantu mempercepatkan proses pembentukan otot pada badan jika dibandingkan dengan sukan lain kerana sukan lain hanya memberi fokus kepada otot–otot tertentu seperti mana yang telah dihuraikan sebelum ini.

KEMUDAHAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat banyak kolam – kolam awam yang boleh di kunjungi, kalau kita tidak pandai berenang, kolam – kolam awam ini menyediakan kelas renang kepada pelbagai lapisan umur, selain kelas renang asas, ada juga kelas untuk membina stamina dan menurunkan berat badan melalui senaman- senaman  yang akan dilakukan dalam kolam.

Antara yang popular, anda boleh mengunjungi kolam renang di Pusat Maritim Putrajaya, bersebelahan dengan hotel Pull Man ataupun mahukan kolam bersaiz olimpik? Pusat sukan air Putrajaya salah satu destinasi yang boleh kita kunjungi.

3. LEBIH CEPAT MENURUNKAN BERAT BADAN

Ini adalah satu fakta yang tidak dinafikan, salah satu sukan pilihan dalam misi menurunkan berat badan adalah sukan renang, dalam misi menurunkan berat badan saya sehingga dapat menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 8 bulan sangat dibantu oleh sukan renang.  KENAPA?

Haaaaaa ni nak cerita sikit… Bukan setakat sistem pernafasan, yang paling penting adalah ia dapat membina otot–otot badan dan memberi kekuatan kepada badan, kerana renang juga merupakan senaman rintangan yang bagus untuk badan.

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Sports Medicine menunjukkan sukan renang adalah salah satu senaman yang terbaik untuk menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama membina otot badan.

Ini kerana apabila berenang kesemua otot–otot utama badan akan berfungsi dan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan otot. Kerana itu kalau kita lihat, orang yang aktif dalam sukan renang ini mempunyai bentuk badan yang cantik bukan?

Ini menjadi kegilaan dan impian semua orang untuk mempunyai bentuk badan yang cantik persis seperti atlet sukan renang.

Tahukan anda, menurut Centers for Disease Control and Prevention,

Berenang selama 2 jam Setengah dalam seminggu dapat menurunkan risiko mengalami masalah kesihatan yang kronik, dan yang paling penting sukan renang adalah satu senaman untuk mengurangkan risiko diabetis dan penyakit berkait jantung secara tidak langsung dapat membantu menurunkan berat badan seseorang iaitu sebanyak 510 Kcal dapat dibakar selama satu (1) jam dengan melakukan aktiviti berenang bergantung kepada berat badan anda.

University of Utah pula dalam kajianya dengan membandingkan 40minit aktiviti berenang adalah lebih efektif dalam menurunkan berat badan berbanding dengan aktiviti luar air contohnya berlari dan berjalan dalam masa yang sama.

BACA: Senamrobik Juga Mampu Menjadikan Anda Kurus

Ini adalah antara fakta yang membuktikan sukan renang ini mampu untuk menurunkan berat badan seseorang, saya sangat percaya kepada fakta ini.

Dan mungkin inilah detik untuk anda semua berfikir di mana lokasi untuk memulakan aktiviti renang anda.

Jadi, jom kita terjun kolam dan berenang… 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here