PEMILIHAN KASUT SUKAN YANG BETUL

“Most shoes are not made for walking but for fashion”

Tertarik dengan kata – kata di atas menyebabkan saya terpanggil untuk menulis entri ini.

Tahukah Anda, Menurut Institute for Aging Research, USA

Arthritis dan sakit kaki adalah antara masalah kesihatan yang biasa dikalangan masyarakat. Kira-kira 24% daripada orang dewasa mempunyai penyakit kaki, dan kelazimanya meningkat apabila usia bertambah.

Sakit kaki biasanya dikaitkan dengan kasut dan penyakit rematik (penyakit yang berkaitan dengan sendi, otot dan tulang).

Jadi amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kaki supaya ia berfungsi dengan baik dan melancarkan aktiviti seharian kita. MAKA mari kita selongkar rahsia tentang kasut dan kesihatan kaki serta panduan memilih kasut yang sesuai.

Apa itu kasut sukan yang selesa?

Secara logiknya kasut sukan yang selesa adalah kasut sukan yang mampu menampung kaki dan berat badan dengan stabil serta mengurangkan rasa sakit dan tekanan apabila berjalan, berlari mahupun ketika melakukan aktiviti fizikal yang lain.

Justeru, amat penting bagi kita untuk memiliki kasut sukan yang sesuai dengan kaki kita supaya menjamin keselesaan pada kaki.

JENAMA TERKENAL: Pelaburan yang tinggi, belum tentu menjanjikan keselesaan

Kasut yang selesa dan sesuai dengan padanan kaki kita tidak hanya bergantung kepada jenama. Pun begitu, jenama – jenama kasut yang terkenal ini sentiasa mengorak langkah ke hadapan dalam kajian dan pembangunan tentang teknologi kasut agar dapat memenuhi kehendak pengguna dan meningkatkan hasil jualan.

Jenama seperti Adidas dan Nike antara jenama sukan yang popular dan mendahului dalam pengahasilan kasut yang berbagai jenis dan sepadan dengan jenis kaki manusia. Pun begitu jika tersalah pilih, padah akan menanti, kita pasti akan berasa tidak selesa dan menyebabkan rasa sakit dan jika ia dibiarkan akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pengguna

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, melabur wang yang besar untuk membeli kasut yang selesa dan sesuai dengan aktiviti yang kita lakukan adalah amat penting bagi mengelakan kecederaan ketika bersukan.

KENALI tapak kaki anda dan jenis kasut yang sesuai denganya.

Berdasarkan kajian Dr. Novella dalam Journal of Dance Medicine & Science, hanya 10 daripada 100 orang mempunyai tapak kaki yang sempurna dan sangat kurang berisiko untuk mendapat kecederaan kaki ketika melakukan senaman terutamanya bagi penari professional.

Kita semua mempunyai jenis tapak kaki yang berbeza, Apa jenis tapak kaki anda dan bagaimana anda boleh memilih kasut yang sesuai? Gambar dibawah secara ringkasnya menceritakan jenis tapak kaki dan tips memilih kasut mengikut jenis tapak kaki

Kebiasaanya, pada satu – satu kasut pasti akan ada tertera jenis kasut samada stability shoe, cushioned shoed mahupun motion control shoe, jika anda tidak pasti tanyalah kepada jurujual butik kasut yang anda kunjungi itu. Ini penting kepada penggemar sukan yang berimpak tinggi seperti marathon yang melibatkan penggunaan maksimum kekuatan kaki, kesalahan dalam

Ini penting kepada penggemar sukan yang berimpak tinggi seperti marathon yang melibatkan penggunaan maksimum kekuatan kaki, kesalahan dalam memilih kasut yang sesuai akan memberi kesan kepada pretasi dan kesihatan kaki si pelari tersebut.

BACA: Makanan Yang Memberi Stamina

Secara ringkasnya

Setiap jenis tapak kaki terdapat kebaikan dan keburukan masing – masing, anda mungkin mempunyai kombinasi dua atau lebih daripada jenis tapak kaki ini, kita tidak boleh merubah kejadian tuhan ini, apa yang boleh dilakukan adalah memilih kasut yang sesuai dan menggunakan teknik yang betul ketika bersukan dan melakukan aktiviti fizikal yang lain.

Maka, untuk kita memilih kasut,

Apa yang paling penting adalah mengenali jenis tapak kaki kita dan memastikan keselesaan kaki tidak kiralah kasut yang ingin dibeli berjenama ataupun tidak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here