Saya percaya, mengubah gaya hidup yang lebih sihat akan membantu untuk anda terus kurus tanpa ubat. Tiada apa yang mampu menolong anda selain diri anda sendiri. Saya yakin kerana saya telah lakukannya. Kini, giliran anda pula untuk melakukannya.

Jadi, untuk artikel pertama saya di RidwanMustafa.com, saya bongkarkan rahsia saya bagaimana untuk mengurangkan berat badan tanpa memerlukan bantuan ubatan.

1. RAHSIA KURUS TANPA UBAT RM : Pilih Makanan yang Betul, jangan ‘Cut’ Semua Benda

Ramai yang tanya apa saya makan, apa saya buat untuk terus kurus, sekarang saya nak cerita,

NO 1 adalah pemakanan dan DIET YANG BETUL.

80 Peratus Kejayaan Menurunkan Berat Badan adalah dengan Pemilihan makanan dan Diet yang betul dan BERTERUSAN yang tidak merosakan fungsi badan malah ia akan lebih menyihatkan badan, Selebihnya 20 Peratus adalah Dari Senaman dan Latihan yang dilakukan.

Bercerita tentang Pemakanan, betul ke kita kene “cut” semua benda sampai itu ini tak boleh makan? Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh semua orang,

Pada saya, Diet dan Pemakanan yang sihat adalah bila kita bijak memilih makanan yang berkualiti dan tidak memperkasakan diri untuk berlapar hatta dalam masa yang sama membantu kita menurunkan berat badan. Kajian di bawah jelas menunjukkan bukti bahawa dalam proses menurunkan berat kita tidak boleh ‘Cut’ Kalori terlalu rendah kerana ia akan menidakkan fungsi badan.

…And Never Cut Calories Too Low

 (this causes your metabolism to slow, and you can start losing muscle mass)

Shawn M. Talbott, PhD, nutritional biochemist and former director of the University of Utah Nutrition Clinic

Saya sentiasa berpegang kepada kajian tersebut, kenapa? Secara logiknya bila kita memulakan misi menurunkan berat badan, kita memerlukan tenaga untuk membakar kalori dalam badan kita, pembakaran kalori bergantung kepada tahap metabolism diri anda, kerana itu kita harus memastikan badan sentiasa dalam keadaan bertenaga untuk membantu proses menurukan berat badan.

Tetapi apabila memilih makanan untuk memberikan tenaga, kita harus memilih makanan yang betul dan berkualiti untuk memberikan tenaga kepada badan.

Maka, apa makanan yang betul dan berkualiti dan seimbang?

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal.

maksudnya, makanan yang seimbang dan berkualiti adalah makanan yang mempunyai Nutirisi dan Gizi yang cukup untuk memastikan badan berada dalam keadaan yang sihat, ini penting untuk memastikan proses penurunan berat badan berjalan dengan lancar

Menurut Kajian Shawn M. Talbatt ,

“An ANALYSIS of more than 700 weight loss studies found that

people see the biggest short-term results when they eat smart”

sebab itu kita harus bijak dalam memilih makanan. Orang kita terlalu obses apabila mahu mengubah gaya hidup , kita terus  berfikir bahawa SEMUA MAKANAN TAK BOLEH MAKAN… akhirnya, kita paksa diri untuk mengambil makanan dlm kuantiti yang sangat sedikit adakala sampai TAK MAKAN APA-APA.

Akhirnya badan menjadi lemah dan hidup dalam keadaan tertekan. YA anda boleh turun banyak KG dalam masa yang singkat.. tapi boleh kah kita teruskan GAYA HIDUP DAN CARA PEMAKANAN YANG MELEMAHKAN BADAN KITA itu?…SAMPAI BILA? Kerana itu banyak orang GAGAL dalam misi mereka kerana perkara ini.

Malah lebih malang, ada yang sanggup mengambil ubat-ubatan untuk mengambil jalan singkat untuk kurus tanpa mengambil nasihat doktor terlebih dahulu. Saya sangat menekankan pembaca RM untuk kurus tanpa ubat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Contoh Makanan Yang Saya Selalu Makan dan Amalkan dalam Diet saya adalah seperti yang saya kongsi dalam kolum TIPS KESIHATAN > MENU DIET dan PEMAKANAN

Segala Resepi yang saya kongsi adalah Mesra MALAYSIA kerana kita hidup dalam budaya yang sangat Unik dan Menarik, jadi jangan pisahkan kita dengan Budaya Kita J

8 October 2010

Oleh kerana saya mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi akibat Masalah obesiti, Doktor menyarankan saya untuk menurunkan berat badan. Bermula dari saat itulah saya berazam untuk untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.

Ini adalah Antara cadangan doktor

  1. Hentikan pengambilan nasi, hanya perlu ambil meehon dalam kuantiti yang sedikit dan banyakan sayur-sayuran
  2. Banyakan makan daging putih (ayam dan ikan), daging lembu boleh menaikan tekanan darah
  3. kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
  4. Banyakan minum jus buah, jus yang disarankan adalah jus epal hijau + saleri + daun sup + timun batang, ia dalah untuk membekalkan fiber yang cukup kepada badan supaya perut lebih lawas.
  5. Amalkan makan bijirin seperti quaker oat untuk kurangan kolestrol dalam badan.
  6. Paling penting adalah banyakan latihan dan senaman, purata 4 kali seminggu, sejam setiap sesi.30 minit cardio dan 30 minit angkat beban.

Hasinya, saya berjaya menurukan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 8 Bulan. Kalua saya boleh lakukanya Anda juga boleh melakukanya… mana tahu ia akan berhasil untuk anda 🙂

2. RAHSIA KURUS TANPA UBAT RM : Tiada Spesifik Senaman dan Latihan, Belajar dan Buat Semua Jenis Senaman

Aduh, Bila nak mula Misi kuruskan badan .. mesti kamu buntu, apa nak kene buat ni? Nak Lari ke? Nak Berenang ke? Nak pergi Gymnasium ke? Kalau Pergi Gymnasium, apa nak buat? Buat Ni nanti tak sakit badan ke?… dan 1001 lagi persoalan yang sering kita tanya, kalau anda ada rasa keraguan dan soalan-soalan ini sering bermain dalam otak anda

Maka anda berada atas LANDASAN YANG BETUL, kerana sekurang-kurangnya kesedaran dalam diri  anda telah wujud, TAHNIAH..

Pun begitu, persoalan itu harus di jawab, maka mari saya terangkan apa yang saya buat…

SEBENARNYA…. Saya ni jenis yang suka buat semua benda dan suka belajar benda, seawal “WEIGHT LOSS JOURNEY’ Saya sehingga berjaya menurunkan 45kg berat adalah dengan melakukan  KOMBINASI ‘Cardiovascular Exercise’ dan ‘Body Weight Training’ pada hari pertama saya nekad untuk  berubah saya mula berlari dan Berjalan sejauh 5km di atas “Treadmill” dan melakukan Body Weight Training  di Gymnasium tempat saya bekerja atas bantuan dan sokongan Staff Gymnasium tersebut.

Bermula pada hari itu hampir setiap hari saya melakukan Latihan yang sama selepas waktu pejabat bermula jam 5 petang sehingga 7 malam. Dan selepas beberapa minggu ia mula menampakan hasil.

Minggu pertama sahaja saya berjaya turunkan sebanyak 6kg! wow! Saya sangat gembira .. Hasilnya dalam Masa SETAHUN SAYA BERJAYA TURUNKAN 35KG daripada Berat Badan saya!!!!!!!

Kalau tak percaya cuba baca Fakta dari BMC Public Health2012 ini

THE EFFECT Of 12 Weeks Of Aerobic, Resistance Or COMBINATION EXERCISE TRAINING On Cardiovascular Risk Factors In The Overweight And Obese In A Randomized Trial

A 12-week training program comprising of resistance or combination exercise, at moderate-intensity for 30 min, five days/week resulted in improvements in the cardiovascular risk profile in overweight and obese participants compared to no exercise. From our observations, combination exercise gave greater benefits for weight loss, fat loss and cardio-respiratory fitness than aerobic and resistance training modalities. Therefore, combination exercise training should be recommended for overweight and obese adults in National Physical Activity Guidelines.

Maka, ini masa untuk anda mencuba sesuatu yang baru.. kan bosan kalua kita buat benda sama je setiap masa, pelbagai latihan dan senaman akan mempelbagaikan lagi warna dalam kehidupan kita… kerana hidup harus di nikmati sepenuhnya.. ENJOY

3. RAHSIA KURUS TANPA UBAT RM : Cari Inpirasi dan “Role Model” yang telah Berjaya

Percayalah cakap saya, Inspirasi dan Role Model adalah perkara yang kita semua perlu ada, kenapa? Kerana bila kita selalu baca kisah-kisah inspirasi individu yang telah bejaya menurunkan berat badan, secara automatiknya kita akan terus bersemangat untuk terus berusaha untuk mencapai apa yang Role Model kita itu capai.

Sebab itu apabila saya memulakan MISI MENURUNKAN BERAT BADAN saya, saya selalu baca kisah-kisah kejayaan individu yang berjaya menurunkan berat samada dalam negara mahupun luar negara. Dan paling rapat dengan saya pada ketika itu adalah rancangan Bigget Loser US,

Saya sangat terinspirasi dengan kejayaan peserta-peserta rancangan tersebut, alhamdullilah saya mengambil semangat juang mereka untuk terus MELAWAN RASA MALAS, RASA PUTUS ASA, RASA KECEWA dan pelbagai lagi perasaan negative yang membantutkan perjalanan menurunkan berat badan saya.

Menonton Biggest Loser dan membaca kisah kejayaan ini sangat membantu saya sehingga sekarang dalam apa jua bidang sekalipun,

Dari segi psikologi, memang terbukti bahawa Inspirasi dan Role model adalah faktor yang penting yang akan menentukan survival kita. Menurut Mark Thomas dalam Healthguidnace.org

“ROLE MODELS are highly important for us psychologically, helping to guide us through life during our development, to make important decisions that affect the outcome of our lives, and to help us find happiness in later life…..

……This is likely a SURVIVAL FUNCTION DESIGNED TO HELP US TO MIMIC the traits of those successful members of our society and thereby help us to be successful too…

…..This is called ‘actualization’ by Goldstein”

Marina Milyavskaya dari Department of Psychology, McGill University, dalam kajianya pernah menerangkan orang yang mempunyai inspirasi dalam hidup akan mempunyai Gol Hidup yang lebih Besar.

PEOPLE WHO were generally more inspired in their daily lives also tended to set inspired goals, which were then more likely to be successfully attained

relationship between inspiration and goal progress was reciprocal: goal progress also predicted future goal inspiration. As the researchers note,

this suggests that goal progress and goal inspiration build on each other to form a cycle of GREATER GOAL INSPIRATION AND GREATER GOAL PURSUIT.

Finally, inspired individuals reported experiencing more purpose in life and more gratitude

Jadi, Ini masanya untuk anda memulakan misi anda … cari INSPIRASI DAN ROLE MODEL anda SEKARANG!

INGAT!!! Kurus tanpa ubat mampu dilakukan kerana saya telah melakukannya.

Selepas membaca entri ini anda pasti terus mencari inspirasi kan? Mana tahu Mungkin saya menjadi INSPIRASI ANDA?…. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here