Bagaimana menegangkan kulit selepas menurunkan berat badan?

Proses menurunkan berat badan memang akan memberi kesan kepada kulit dan badan kita, kesan yang paling ketara ditinggalkan adalah Kulit Menggeleber dan Stretch Mark.

Baca : Senaman Paling Berkesan Untuk Menurunkan Berat dan Hilangkan Belly Fat

Perkara ini sangat menghantui semua orang. Tanda selulit yang ditinggalkan sangat sensitif pada sesetengah orang di tambah lagi kulit menggeleber terutamanya di bahagian abdomen.

Mungkin selepas kita menurunkan berat, kita akan sedikit yakin untuk berpenampilan menarik, namun disebabkan oleh kesan kulit meggelebeh yang masih ketara, saya yakin ramai di antara kita yang tertekan dengan keadaan ini.

Baca : Makananan Yang Mampu Membantu Menurunkan Berat dan Hilangkan Belly Fat

Anda mungkin fikir bahawa menegangkan kulit dan menghapuskan Stretch Mark memang sesuatu yang rumit dan kisah seram yang tiada penghujungnya. Ya memang benar ianya agak sukar untuk dihilangkan tetapi tidak bermaksud bahawa harapan anda harus terbengkalai di tengah jalan.

Jika anda telah berjaya menurunkan berat badan, Tahniah kepada anda! Stretch Mark merupakan perkara yang sangat konvensional berlaku pada kulit seorang individu yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka jadi jangan bimbang lagi memikirkan masalah yang boleh dipulihkan secara konsisten ini.

Mari kita lihat secara dekat apa yang boleh anda lakukan!

1. MINUM AIR MASAK 8-10 GELAS SEHARI

Bagaimana Dengan Minum Air Masak Mampu Hilangkan Kulit Menggelebeh?
Air Mampu Untuk Menegangkan Kulit

Air adalah cara yang paling cepat dan paling berkesan untuk menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan stretch mark, ia telah dibuktikan melalui sebuah kajian yang telah dijalankan oleh Dr.Neil Sadick seorang pakar dermalogist di New York. Beliau menyatakan

bahawa dengan meminum lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari, ia boleh menjaga tubuh anda supaya sentiasa terhidrat dan ini sangat penting untuk membantu menghilangkan stretch mark di badan kita sekaligus membantu menegangkan kulit akibat dari proses penurunan berat badan.

Badan yang terhidrat akan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan membantu dalam mencegah stretch mark. Pengambilan air secukupnya juga akan membantu badan anda untuk membuang toksin dan mengeluarkan radikal bebas yang sebahagiannya berfungsi untuk membuat kulit anda kering dan tidak stabil.

Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi memerah otak mendapatkan alternatif lain. Hanya pengambilan air secara secukupnya dapat membantu menghilangan stretch mark di badan anda secara semulajadi.

2. MENGAMBIL VITAMIN C SECUKUPNYA

Vitamin C bagus untuk kulit

Saya pasti ramai pembaca disini pernah melihat sebuah rancangan kesihatan popular The Dr. Oz Show yang disiarkan di televisyen. Dalam rancangan tersebut Dr Oz mengatakan bahawa

pengambilan vitamin C secara konsiten iaitu dua kali sehari-sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang dapat menyembuhkan stretch mark pada kulit.

Vitamin C adalah antioksidan yang digunakkan untuk melawan toksin yang dikenali sebagai “radikal bebas” yang dapat menghalang penyembuhan dan pembentukan tisu parut.

Vitamin C dalam Bentuk Tablet

Tambahan pula, beliau mengatakan bahawa penggunaan krim vitamin C pada stretch mark secara konsiten dapat menyembuhan parut yang terhasil kerana vitamin C sebenarnya meningkatkan kolagen yang membantu kulit untuk mendapatkan kembali keanjalan yang hilang agar stretch mark akan beransur pulih sekali gus membantu menegangkan kembali kulit yang gelebeh itu.

Vitamin C dalam bentuk Tablet

Anda tidak perlu runsing tentang dimana untuk mendapatkan losyen yang mengandungi vitamic C kerana lambakan losyen badan yang mengandungi vitamin C boleh didapati secara mudah di farmasi yang berdekatan

3. MENYAPU KRIM TRETINOIN PADA KULIT

Stretch Mark mimpi ngeri setiap orang

Tretinoin ialah sejenis vitamin A yang membantu merawat dan memperbaharui tekstur kulit yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan juga bagi merawat parut di kulit. Dr Oz juga menyatakan dalam rancangan beliau The Dr.Oz Show

bahawa penggunaan krim tretinon dapat meningkatkan pengeluaran kolagen, menyembuhkan kesan stretch mark dan memperbaharui kulit kita.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Sewon Kang seorang pakar dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Michigan pada tahun 1996 telah mendapati bahawa terdapat perubahan stretch mark yang ketara dalam kalangan responden setelah penggunaan krim ini selama enam bulan secara konsisten.

Antara krim sapu yang berada di pasaran

Jadi apa lagi yang anda tunggu jika anda mengalami masalah stretch mark ini. Segeralah ke farmasi berdekatan untuk mendapatkan krim tretinon ini.

PENTING

Pun begitu, krim yang mengandungi bahan kimia ini adalah di bawah Kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebarang penggunaanya haruslah mendapat Nasihat dari Doktor yang bertauliah.

4. MAKAN MAKANAN BERPROTIEN TINGGI

Tahukah anda selain menggunakan krim vitamin yang sangat disarankan seperti yang di ceritakan di atas, penjagaan pemakanan merupakan elemen terpenting dalam mengurangkan kesan stretch mark dan kulit menggeleber ini.

Menurut pengalaman dan pembacaan saya sepanjang proses menurunkan berat badan, memakan makanan berprotein tinggi sangat bagus untuk mengurankan masalah ini.

Ikan bagus untuk kesihatan, contohnya ikan siakap yang sangat mudah di dapati di Malaysia

BACA: Bagaimana Untuk Menurunkan Berat Dengan Makan Ikan?

Apa itu Diet Berprotein Tinggi?

Diet berprotien tinggi adalah dengan melebihkan  makanan yang kaya protein seperti keju, susu, kekacang, ikan, daging, ayam dan sebaginya dalam diet harian kita.

Contoh Makanan Berprotein Tinggi. AYAM BAKAR

Kenapa?

Protein Amat Penting kepada badan terutamanya kulit manusia. Di antara peranan penting Protein adalah untuk membaik pulih tisu serta membina tisu-tisu baru di dalam badan.

Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan tempoh jangka hayatnya. Ini adalah kerana Protein merupakan bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau sel-sel yang telah mati.

Kita perlu tahu yang sel kulit kita akan diganti setiap 24 hari. Maka dengan cara memakan makanan berprotein tinggi, ia dapat membantu mempercepatkan proses penggantian sel kulit baru ini.

Sarapan yang mengandungi sumber protien dari Telur ayam

Fungsi Protein kepada Kulit Kita

Tahukah anda, Collagen adalah salah satu unsur protien dalam badan, Collagen diperbuat daripada protein berserat tinggi yang sangat diperlukan oleh kulit kita, salur darah, tulang dan gigi.

30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah terdiri daripada komponen collagen.

Tahu atau tidak? otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber apabila usia kita semakin meningkat.

Ini adalah salah satu tanda collagen di dalam badan semakin berkurang.bukan setakat itu kulit menggeleber juga terjadi akibat dari proses penurunan badan yang cepat (Crash Diet).

BACA: Mitos Dalam Menguruskan Badan 

Badan kita Memerlukan Protein Tambahan – Kebiasaan protein yang kita ambil dalan diet seharian mempunyai khasiat protein yang sangat rendah. Ini adalah kerana khasiat Protein hilang semasa dalam penyedian makanan. Jadi langkah terbaik adalah dengan mengambil protein tambahan.

Ikan juga merupakan sumber protein yang baik untuk badan

Jadi amat penting bagi kita mengawal dan menjaga pemakanan supaya dapat membantu menurunkan berat badan  di samping dapat mengurangkan kesan stretch mark dan kulit meggelebeh.

JANGAN AMALKAN CRASH DIET kerana ia akan akan memeberi kesan kulit menggeleber yang sangat teruk kepada kulit dan badan anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here