You don’t have to make big changes to improve your wellness and maintain good mental health. When it comes to healthy eating and exercise, every little bit counts

Memang tidak dapat dinafikan, kekangan masa adalah faktor utama yang meggagalkan misi meurunkan berat badan bagi seseorang, apatah lagi jika dihutung masa bekerja, kesesakan trafik di jalan raya, kerja rumah dan urusan anak-anak pasti akan membatutkan kehendak kita untuk terus mengekalkan gaya hidup sihat disamping dapat menurunkan berat badan.

Baca : RAHSIA TURUN 45KG TANPA UBAT

Pun begitu, banyak juga kisah-kisah kejayaan menurunkan berat badan datang dari golongan yang bekerja ini, saya sendiri memulakan misi menurunkan berat badan pada umur 23 tahun pada ketika memulakan tugas di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.  Namun waktu kerja 8 jam sehari tidak menjadi alasan kepada saya untuk menghentikan niat menurunkan berat dan menambahbaik kesihatan saya. Alhamdulillah setelah nekad membuat keputusan tersebut, jumlah 24jam yang diberikan tuhan digunakan sepenuhnya. Hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan 45kg dan kekalkanya sehingga sekarang dan yang penting gaya hidup sihat itu sudah menjadi habit dan dilakukan tanpa sedar. Nikmatnya dapat mengubah saya hidup dan menurunkan berat badan.

Baca : NAK TINGKATKAN STAMINA DAN BANTU UNTUK KURUS ? INI MAKANANYA

Jadi kali ini saya ingin berkongsi 6 Tips kurus  untuk mereka yang sibuk bekerja. jommmm

1.Schedule Your Workouts

Ini adalah perkara yang penting. kita harus mempu
nyai jadual untuk lakukan senaman. biarpun sedikit, asal jadual yang kita susun itu WAJIB dipatuhi. pelbagai rutin latihan yang anda boleh ikut melalui pembacaan buku mahupun pembacaan atas talian (online). contohnya

  • Walk 30 minutes Daily : Working out has benefits for your heart, weight, even your sex life. It may also help stave off Alzheimer’s
  • Lift Weights or Exercise 3-4 Times Per Week

Baca : MALAS KE GYM? INI SENAMAN DI RUMAH

Pesan saya, biar sedikit anda lakukan, asal kan konsisten insyaallah lama-lama anda akan terbiasa dan menjadi habit hidup anda. kesihatan akan bertambah baik dan insyaallah misi kurus akan tercapai.

Baca : HOME WORKOUT FOR BEGINNER

ingat . Sikit-Sikit, lama-lama jadi bukit

2. Become a Morning Exerciser

Bercerita tentang exercise di waktu pagi, ternyata banyak kebaikanya. Saya sendiri mengamalkan exercise di waktu pagi, apa yang saya lakukan adalah saya akan melalukan cardio exercise sebelum pergi kerja yakni bermula pada jam 6 pagi atau selepas subuh, saya akan berlari sehingga jam 7pagi dan terus bersiap ke pejabat. Ternyata hari saya sangat bertenaga dan segar.

Berikut adalah fakta saintifik tentang kebaikan exercise di waktu pagi.

  • Meningkatkan kadar metabolisme badan

Kajian menununjukan, seseorang itu akan membakar 190 kcal dalam masa 14 jam selepas exercise apabila dibandingkan dengan orang yang tidak exercise lansung.

  • Meningkatkan konsistensi

Sedikit latihan di waktu pagi secara konsisten adalah satu rutin yang tidak akan menggangu jadual kerja harian anda.jika di bandingkan dengan waktu petang, kadang-kadang kita terpaksa kerja lebih masa di pejabat ataupun beban kerja yang amat berat menyebabkan kita keletihan pada waktu petang. Jadi exercise di waktu pagi lebih baik dan ia boleh dilakukan secara konsisten.

  • Meningkatkan tenaga fizikal dan mental

Engaging in morning workouts is your all-natural cup of coffee. Wake up your body and prepare your mind.

Walaupun sedikit pergerakan latihan ia dapat menambahkan kesegaran badan dan mental, lagi-lagi jika di lakukan di pagi hari. menurut kajian, ia boleh meningkatkan keupayaan minda menjadi lebih fokus. kesanya lebih dari caffien.

Menurut Gregory Ferenstein, kesan senaman terhadap badan adalah lebih baik berbanding menggunakan caffien.

A quick stint of exercise has been shown more effective than a cup of coffee in promoting cognitive abilities

3. Keep Healthy Breakfast Foods at Work

SARAPAN PAGI adalah satu senjata yang sangat kuat dalam menentukan Kecergasan hari anda.. pilihlah sarapan yang BERKUALITI agar badan terasa segar dan bertenaga.

“Never work before breakfast, if you have to work before breakfast, EAT breakfast First!”

Banyak artikel kesihatan bercerita tentang kebaikan sarapan pagi, sarapan pagi ini adalah perkara wajib yang perlu kita buat kalau mahu TURUNKAN BERAT BADAN. lagi-lagi dengan sarapan yang sihat, apa yang perlu kita lakukan adalah memakan sarapan yang sihat supaya kita mendapat makanan yang berkualiti untuk fungsi badan.

Apa lagi jika sarapan yang sihat digabungkan dengan latihan di pagi hari, ternyata ia akan mengubah mood anda seharian. bertenaga, ceria dan lincah 🙂

4. Leave Healthy Foods Visible

Haaaa ni antara tips terbaik la, kat tempat kerja kita tu kan selalu je ada junk food atau jajan, macam-macam kan, jadi senang la tangan kita capai dan terus ngap masuk mulut, memang nampak sikit, tapi percayalah itu lah antara faktor kegagalan kita dalam menurunkan berat badan. jadi untuk mengelakan kegagalan ini berlaku.

Baca : OAT MAMPU MEMBANTU ANDA MENURUNKAN BERAT

Mulai sekarang anda harus tukar segala makanan pemusnah diet anda dengan makanan yang berkualiti. Contohnya kacang-kacang, Buah-buah contohnya epal, air mineral, kismis, kurma, ini adalah contoh makanan yang saya amalkan seharian. Pun begitu harus di ingatkan jangan makan berlebihan! sentiasa besederhana dalam pengambilan pemakanan ya!

5. Plan Your Lunch

Hanya satu jam di peruntukan untuk rehat pada waktu tengahari, waktu itu lah waktu untuk bersama teman sekerja untuk makan dan bersantai dan waktu ini lah juga pelbagai hidangan makanan yang di hidangkan di setiap gerai yang di singgahi. Kalau tak kuat iman mahu saja makan semua lauk-pauk yang sedap itu. Pun begitu anda harus ingat, anda ada misi menurunkan berat badan.

Baca : KURUS DAN HILANGKAN BELLY FAT BERMULA DENGAN PEMAKANAN ANDA

Anda boleh teruskan keluar makan bersama teman, pun begitu anda harus bijak dalam memilih makanan. tips saya untuk mereka yang bekerja dan mahu makan di luar adalah

  • Kurang Minyak, Kurang garam, Kurang Gulabagaimana mahu kurangkanya? begini BUAT PERBANDINGAN antara makanan yang anda mahu makan. contohnya jika nak makan ayam.. ayam kari dan ayam sup, mana yang lebih memenuhi syarat di atas iaitu kurang minyak, garam dan gula? pastinya ayam sup kan? maka ayam sup adalah lebih sihat dari ayam kari…mudahkan? begitulah dengan makanan yang lain, asalkan perbandingan itu dilakukan dan memeuhi syarat diatas, pasti anda berada di landasan yanng betul untuk meneruskan misi kurus anda.

Itulah 5 tips yang boleh saya kongsi untuk pembaca sekalian. mungkin ia kelihatan ringkas, tapi percayalah jika di amalkan selalu. insyaallah kita akan berjaya melunaskan misi kita. menjaga kesihatan secara konsisten dan menurunkan berat badan 🙂

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here