Menurunkan berat badan bukan sesuatu yang mudah. Pengalaman saya menurunkan lebih 40kg sangat bergantung kepada dua (2) faktor utama iaitu diet dan senaman, pun begitu adakah kedua-dua nya berjalan serentak atau bagaimana ia harus di lakukan?

Saya pasti anda mesti sering kali tertanya-tanya sama ada anda perlu diet atau bersenam bagi menurunkan berat badan.

Anda juga mungkin pernah lihat ratio 80/20 sebagai jawapan setiap kali anda google untuk mengetahui manakah yang lebih penting untuk menurunkan berat badan bersenam ataupun diet.

Tetapi persoalannya disini apa sebenarnya yang tersirat di sebalik ratio 80/20 ini ? atau ada sesetangah kajian mengatakan kan 70/30.

Dilema ini sudah pasti sering kali terlintas di benak fikiran anda sehingga anda keliru dan masih tertanya-tanya apa yang perlu anda lakukan dan akhirnya tidak ada sebarang keputusan diambil dan hanya berat badan anda yang bertambah dari hari ke hari.

Mesti ada antara korang yang mengalamai situasi ini kan?

Sebab itu saya menulis entri ini untuk menambah pengetahuan dan memberi pencerahan kepada semua tentang Diet vs Bersenam supaya nanti anda ada idea apa yang harus di lakukan. Jadi, apa yang lebih baik bersenam atau diet?

Untuk mengetahui jawapannya, terus membaca artikel ini sehingga anda dapat membuat keputusan yang bijak šŸ™‚

KAJIAN DAVID STENSEL

David Stensel dan rakan-rakan saintis di Loughborough University of UK telah menjalankan sebuah kajian untuk mengetahui tahap keberkesanan diet dan bersenam bagi menurunkan berat badan seseorang individu.

Responden kajian telah dibahagikan kepada dua kategori dimana setengah responden disuruh untuk bersenam dan selebihnya disuruh untuk mengikuti program diet makanan sahaja.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa peserta mencapai defisit kalori yang sama melalui diet sekatan makanan dan juga senaman.

Responden yang telah mengikuti diet sekatan makanan telah didapatiĀ  hormon kelaparan telah meningkat di dalam badan mereka, dan mempunyai tahap rendah peptida YY, iaitu sebuah hormon anti kelaparan.

Tambahan pula, responden dari kumpulan sekatan makanan telah makan makanan dalam kadar yang banyak dan tinggi kalori berbanding dari responden yang disuruh untuk bersenam.

Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa bersenam lebih baik dan efektif untuk menurunkan berat badan berbanding diet sahaja.

KAJIAN HOLLY LOFTON

Walaubagaimanapun, ada juga kajian yang mengatakan bahawa diet lebih berkesan dari membuat senaman kerana beberapa sebab dan hasil kajian yang telah dibuktikan.

Berdasarkan sebuah kajian yang telah dibuat oleh Holly Lofton, penolong profesor perubatan di New York University’s Langone Medical Center menyatakan bahawa seorang individu perlu lari 7 hingga 10 batu sehari untuk kehilangan satu paun seminggu, tetapi hasil kajian beliau menyatakan bahawa seorang manusia normal tidak mampu untuk berbuat demikian tanpa meningkatkan pengambilan kalori mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu mencecah 80/20 nisbah tepat untuk mengurangkan berat badan, tetapi ia adalah penting bagi orang ramai untuk memberi tumpuan terutamanya kepada diet apabila mereka cuba untuk menurunkan berat badan.

Beliau menyatakan bahawa:

seseorang itu boleh menurunkan berat badan tanpa senaman, tetapi tidak boleh menurunkan berat badan jika pemakanan yang diambil bertindak menentang penggunaan tenaga yang diperlukan.

KAJIAN MICHELE OLSON

Menurut Michele Olson, seorang profesor pendidikan jasmani di Auburn University Montgomery, Alabama telah menyatakan bahawa seseorang individu itu boleh menurunkan berat badan dengan diet semata-mata, tetapi senaman adalah komponen penting.

Tanpa senaman yang mencukupi, sebuah proses penurunan badan yang lengkap tidak dapat berlaku.

Seperti yang semua tahu,Ā bersenam merangsang pertumbuhan tisu metabolisme dan mengurangkan berat badan melalui senaman membolehkan lemak yang terkumpul di dalam badan dibakar dengan cepat.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa senaman bukan sahaja dapat menurunkan berat badan semata-mata tetapi senaman membolehkan seseorang meningkatkan kualiti tidur mereka, menurunkan kolesterol dan mengurangkan tahap tekanan seseorang individu.

KESIMPULAN

Gabungan diet yang sihat dan regim senaman yang lengkap adalah kunci utama dalam menurunkan berat badan.

Tetapi realitinya disini ramai orang suka memilih laluan mudah dengan hanya melakukan diet semata-mata tanpa bersenam untuk mengurangkan berat badan lebih sedih apabila ramai yang terlampau percaya dengan pelbagai lambakan produk ajaib di pasaran untuk menurunkan berat.

Bukan tidak boleh, tapi berpeganglah pada fakta bahawa Diet dan senaman yang betul adalah faktor utama dalam menurunkan berat badan,

Apabila anda baca sendiri kajian kajian yang telah dilakukan oleh pakar kesihatan yang telah saya nyatakan dalam entri ini, saya pasti kini anda faham bahawa diet tidak boleh berdiri semata-mata.

Untuk menurunkan berat badan seseorang itu dan langkah bijak yang harus anda lakukan ialah dengan menggabungkan kedua-dua langkah iaitu diet dan bersenam untuk proses penurunan berat badan yang lebih efektif.

Pun begitu KONSISTENSI dan MOTIVASI yang tinggi adalah perkara yang paling penting untuk anda meneruskan perjuangan menurunkan berat badan.

Ini kerana tanpa perancangan,latihan yang konsisten dan berdisiplin dalam diet saya pasti keinginan anda untuk menurunkan berat badan hanya sekadar omongan kosong.

Oleh itu apa anda tunggu lagi jangan pilih antara diet atauĀ  senaman. Gabungkan kedua-duanya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here