trip ke london
trip ke london

BAHAGIAN 1: TRIP KE LONDON

Sampai ke Kota London. Hanya satu beg untuk sebulan travel

Sememangnya menjadi impian saya untuk melangkah ke negara orang, melihat budaya, merasa persekitaran dan belajar tentang cara hidup manusia yang berlainan adat dan budaya. Kerana ini lah yang akan mengajar kita tentang dunia dan seluruh isinya.

Mana Prince William?

Saya ke Berlin atas tujuan untuk menyertai salah satu acara World Major Marathon iaitu BMW 43. Berlin Marathon 2016 yang menghimpunkan seramai 42,000 peserta dari seluruh dunia untuk menawan kota bersejarah Berlin.

Berlin Marathon merupakan salah satu acara Marathon terbesar dunia yang menjadi impian pelari seluruh dunia untuk menyertainya.

Kalau anda aktif dalam menyertai sukan larian, Berlin Marathon adalah lokasi terbaik untuk mencipta rekod peribadi anda, kerana Route Berlin Marathon adalah paling landai di dunia dan Rekod Dunia acara Marathon tercipta di sini.

Berlin Marathon 2016. Impian saya yang menjadi kenyataan. entri khas akan di buat untuk Berlin Marathon

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, 26 October 2016 saya berjaya menghabiskan larian 42.195km dengan catatan masa 3:16 di kota Berlin atas tiket yang diberikan percuma oleh Adidas Malaysia.

Saya akan menceritakan pengalaman sepanjang larian saya dalam entri khas untuk Berlin Marathon 🙂

Bukan mudah untuk menghabiskan satu marathon : Courage to start Kuching Marathon 2015

Post ini adalah untuk mengukir sedikit kenangan manis sepanjang saya di kota Berlin dan kota London

LONDON 

pada 18 September 2016 saya menjejekan kaki ke Kota London, setelah berpuluh tahun hidup di dunia ini, ini lah kali pertama saya menjejakan kaki ke bumi eropah khususnya di kota London.

Harus saya akui bagi sesetangah orang yang mampu, London adalah tidak asing bagi mereka, pun begitu bagi saya hasil kerja saya selama ini dan semaangat yang kuat dalam mencari wang, kejayaan saya menjejakan kaki ke kota london amat saya syukuri. tujuan saya ke London adalah lokasi latihan dan transit sebelum saya memulakan misi menawan kota Berlin dalam acara Berlin Marathon 2016.

Akhirnya saya smpai ke Kota London sebelum meneruskan misi ke Berlin

Kenapa saya memilih london sebagai lokasi latihan dan transit? kerana cuacanya yang mirip kota Berlin dan London adalah lokasi terbaik kerana terdapat rakan Malaysia yang berkerja di sana, jadi sambil berlatih, terus boleh melancong melihat anatara kota paling berpengaruh di dunia dan melawat kawan lama yang menetap di kota London.

Sebelum latihan pagi bermula, bersama Malaysian yang tinggal di London dan Jubaque yang akan ke Berlin Marathon bersama-sama saya

MISI menawan kota London bermula dengan latihan LSD (long Slow Distance) mengelilingi bandar London sejauh 23km.  Saya berjaya ke semua tempat tarikan pelancong dari Oxford Street sehinggalah kembali semula ke oxford street, banyak tempat tarikan pelancong yang selama ini saya hanya mampu lihat di alam maya kini menjadi kenyataan dan saya melihatnya di depan mata dan menjejekan kaki ke lokasi-lokasi menarik tersebut.

Salah satu lokasi wajib untuk pelancong : Royal Albert Hall, terus teringat konsert Siti Nurhaliza di sini
Berlatarbelakangkan Big Bang

Tidaklah perlu saya senaraikan kerana saya yakin semua orang tahu di mana tempat menarik di kota London. Cuma yang menarik perhatian saya adalah cara hidup mereka yang mementingkan kesihatan dan Penampilan mereka yang sungguh bergaya dan mengikuti arus perkembangan fesyen dunia.

Makan tengahari istemewa bersama Farhan di depan St Paul Church

YA! Pada hemat saya orang British memang mempunyai kelas tersendiri dari segi pemilihan warna, fabrik dan gaya sehingga memberikan impak ‘Wow’ kepada pelancong asing, mungkin ini salah satu faktor kenapa London adalah kota yang paling ramai di lawati di dunia .

MOMEN TERINDAH adalah makan malam istemewa dengan seorang Sahabat yang sangat istemewa Di Bayswater Area. Dia hebat, seorang gadis melayu yang berjaya membina empayar yang gah dalam dunia korporat di kota penuh kejam dan penuh dengan peluang.

Farhan Nor Deanna, Pegawai Maybank yang berkhidmat di London

Our session start with dinner di Salah satu restoran dan seterusnya hingga ke coffee session.. Bercerita pasal budaya dan kehidupan orang di london, begitu menarik..

mendengar cerita sambil merancang trip ke Berlin bersama Farhan

Bertuah nya hidup beliau boleh merasa nikmat hidup sebegitu di negara orang yang tidak ada pada sesetangah orang seperti saya. Pada momen itu jugalah kami merancang untuk menikmati kota Berlin bersama-sama

MAKAN SAMBIL BERJIMAT DI LONDON 

Sistem layan diri di mana sahaja, ini adalah makanan yang saya beli di Tesco

Banyak Pilihan Makanan di kota london, makanan halal senang di dapati di mana-mana. paling senang adalah makanan arab contohnya Kebab yang banyak di jual di mana-mana, dan paling menjadi tarikan untuk Muslim adalah di Baywater, disana selangkah je boleh jumpa orang malaysia dan Muslim dan banyak restoren yang menjual makanan halal. Rindu makanan malaysia? jangan risau di Malaysian hall hanya berdekatan Bayswater di sana  100% makanan Malaysia.

Sebagai persediaan saya ke Berlin Marathon, saya akan pastikan makanan berkualiti dan sihat untuk dimakan, Buah dan Mash Potato pilihan saya
macaroni dengan tomato kering, cukup untuk mengalas perut di siang hari, Hanya 2Pound

Pilihan saya pula, saya boleh kecilkan kos makan saya dengan membeli makanan ready to eat yang di jual di tesco, anda boleh mendapatkan satu hidangan berat (tengahari /malam) serendah 2pound. jadi kalau pandai berjimat. 10Pound satu hari boleh hidup lagi 🙂

Makanan ready to eat dan sedap

kadar tukaran matawang tinggi, tak semua orang mampu untuk makan di tempat yang ada kelas, London adalah lokasi pertama saya dalam rancangan perjalanan sebulan ini, saya masih ada Berlin, Florida dan Chicago untuk di lawati, maka saya harus susun setiap sen supaya tidak terlebih berbelanja. pun begitu saya tidak akan biarkan perut berlapar 🙂

Setakat ini dahulu perkongsian saya Trip ke London, teruskan membaca Part 2 : Trip ke BERLIN.

SPONSORED

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here