Makanan sihat berasaskan oat dan coklat

FITLIFE BITES YANG KAYA DENGAN BIJIRIN OAT

Fit Life bites adalah satu produk makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh saya , Ridwan Mustafa yang berasaskan Bijirin Oat sebagian daripada bahan asas.  Pengalaman menurunkan berat badan sebanyak 45kg menjadi sandaran lahirnya produk ini.

Dalam proses menurunkan berat badan, saya banyak menggunakan oat sebagai bahan asas dalam masakan saya kerana saya percaya akan kebaikan bijirin oat ini.

Antaranya kebaikannya bijirin oat adalah:

FITLIFE BITES: DAPAT MENGAWAL KANDUNGAN KOLESTROL DALAM BADAN DAN MENJAMIN KESIHATAN JANTUNG KITA

Apabila kolestrol dapat dikawal dengan bagus, risiko untuk mengelak daripada penyakit tidak berjangkit adalah tinggi dan yang akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Menurut satu kajian yang di lakukan dalam mayoclinic.org

Oatmeal contains Solube Fiber, which reduce your low-density lipoprotein (LDL), The “Bad” Cholestrol. Solube fiber can reduce the absorption of Cholestrol into your Bloodstream” June 12, 2015

Atas dasar ini, Fitlife Bites dilahirkan bagi mendidik masyarakat peri pentingnya pengambilan oat dalam diet harian. Konsep yang “cookies” adalah paling sesuai sebagai snack bagi sesiapa dan di mana sahaja.

Selain itu, pengambilan Oat sebagai salah satu elemen pemakanan anda adalah satu langkah bijak, Kenapa? Kerana Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.

FAKTA: Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70 gram oat setiap hari?

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan JANTUNG LEBIH SIHAT!

FitLife Bites adalah Pilihan tepat anda!

FITLIFE BITES: COKLAT BAGUS UNTUK KESIHATAN

DALAM FitLife Bites Selain Bijirin Oat, Coklat Juga di jadikan bahan asas kepada FitLife Bites.

Kenapa coklat? Coklat Boleh kuruskan badan ke? Mesti anda semua akan terlintas untuk bertanya soalan ini. SABAR teruskan membaca penjelasan daripada saya.

Hakikat yang perlu kita terima adalah, Coklat adalah makanan popular saentero dunia, dari kecil hingga dewasa semua sukakan coklat, jadi tidak salah untuk kita mengambil kebaikan coklat untuk dijadikan bahan asas dalam makanan kesihatan fitLife bites ini.. ikuti  fakta-fakta ini

  1. Sebuah kajian yang telah dibuat oleh Sunil Kochhar di Pusat Penyelidikan Nestle di Switzerland, membuktikan bahawa pengambilan coklat merupakan salah satu alat untuk mengurangkan tekanan
  1. Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah
  1. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Proteome Research, memakan sedikit coklat setiap hari membuatkan diri kita berasa tenang

Ini adalah sedikit fakta yang anda perlu tahu tentang coklat, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila baca entri khas tentang kebaikan coklat untuk kesihatan.

Dalam proses menurunkan berat badan, Kita tidak seharusnya meletakkan diri dalam keadaan tertekan, kita harus “enjoy’ dalam gaya hidup sihat yang kita pilih, maka tidak salah untuk meletakkan kegembiraan kita dalam pemilihan makanan yang berkualiti, dan pasti hebat apabila Kebaikan Bijirin oat bergabung dengan Kebaikan Coklat.

Ini lah gaya Hidup yang di janjikan oleh FitLife Bites.

BACA: Rahsia Kurus Tanpa Ubatan Oleh RM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here