Penjagaan muka atau wajah menjadi topik yang sangat popular di kalangan masyarakat sedari dulu. semua orang menginginkan wajah yang berseri tanpa sebarang cela dan jerawat.Pasti semua tahu jerawat adalah musuh utama kepada kulit wajah.

Mengabaikan penjagaan muka boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan lemah. Jadi beberapa perkara asas boleh di jadikan panduan agar kelihatan segar dan bersinar.

Saya mengalami masalah kulit berjerawat yang sangat teruk bermula tahun 2012, sehinggakan menjadi mimpi ngeri apabila melihat wajah sendiri di cermin, bukan hanya jerawat yang sentiasa tumbuh, kulit berminyak dan kusam juga merupakan masalah yang saya hadapi ketika itu.

Jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya merujuk kepada pakar kulit dan juga doktor.

Ini adalah tips penjagaan muka yang saya amalkan mengikut nasihat doktor:

1. Membersih muka dengan Pencuci Muka yang sesuai dengan kulit

Membersih muka adalah perkara asas dalam penjagaan wajah, pastikan anda membersih wajah sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari iaitu pagi dan malam, gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda, contohnya saya menggunakan pembersih wajah dari jenama SAFI yang mudah didapati di Watson atau dimana sahaja.

Bagi wajah yang mempunyai makeup, pastikan makeup di bersihkan dahulu dari wajah dengan menggunakan makeup remover.

Atas tuntutan kerja, saya juga sering menggunakan makeup di wajah terutamanya ketika penggambaran atau Photoshoot apa sahaja iklan, saya akan pastikan saya meggunakan makeup remover dahulu sebelum membersihkan wajah.

Makeup remover saya gunakan adalah dari jenama MAC . Jadikan ia sebagai amalam dan rutin kerana ia adalah asas untuk menanggalkan segala kotoran pada wajah

2. Memakai krim pelembab kulit wajah untuk Penjagaan Muka

Produk pelembab wajah adalah sangat penting untuk menghindari wajah dari kekeringan, kekeringan pada kulit boleh mengakibatkan masalah kulit berminyak dan seterusnya menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada wajah.

Pelembab wajah haruslah di amalkan setiap kali selepas membersihkan wajah , banyak jenis pelembab wajah yang ada di pasaran. Gunakan pelembab wajah yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Anda boleh bertanya kepada doktor kondisi kulit anda dan produk yang sesuai dengan kulit anda,

Bagi saya, saya hanya menggunakan pelembab wajah juga dari jenama SAFI. Dan saya jadikan ia sebagai rutin harian selepas membersih wajah dengan pembersih wajah SAFI

3. Memakai krim pelindung sinar UV (Sun Block)

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kadang tidak dapat di elakan, hakikat yang perlu kita terima adalah kita tinggal di Negara beriklim panas, lembab dan hampir dengan garisan khatulistiwa.

Sinaran UV adalah bahaya untuk kulit. Jika kita biarkan kulit muka kita terdedah begitu sahaja dengan sinaran UV ini boleh menyebabkan kanser kulit dan menyebabkan kulit kusam.

Menurut satu kajian, masyarakat yang tinggal di negara beriklim tropika akan terdedeah dengan sinaran UV dan menerima 95% sinaran matahari , perkara ini akan menyebabkan risiko untuk menghidapi penyakit kanser kulit adalah sangat tinggi.

Sinar UV akan menyebabkan wajah lebih terdedah kepada dengan garisan halus, kedutan dan pigmentasi yang akhirnya menyebabkan kulit menjadi kusam , tidak bermaya dan kelihatan tua berbanding dengan umur.

Untuk mengelak dari perkara ini terjadi, salah satu cara adalah dengan mengamalkan krim pelindung UV pada wajah setiap sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau 4-5jam sekali.

Sejak mengalami masalah kulit yang teruk, saya sendiri mengamalkan krim pelindung UV ini setiap hari dan menjadikan ia sebagai rutin harian.

Syukur keadaan kulit saya semakin baik tanpa sebarang masalah kulit yang teruk.

Jadi Rahsia penjagaan wajah yang asas adalah dengan membersihkan wajah dua (2) kali sehari, Memakai pelembab wajah dan memakai krim pelindung sinar UV setiap hari.

Pastikan setiap produk yang anda gunakan sesuai dengan kondisi wajah ada dan konsultasi dari doktor.

Saya sudah, anda bagaimana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here