Bagaimana Nak Kurus? Soalan yang selalu ditanya walaupun dah pelbagai tips saya kongsi dalam penulisan saya sebelum ini.

Rasanya sudah agak lama blog ini bersawang dan sunyi. Seperti yang di janjikan untuk menjawab semua soalan kemusykilan tentang proses dan cara untuk menurunkan berat badan.

Entri kali ini saya akan rungkaikan soalan-soalan paling famous, saya rangkumkan kepada lima soalan paling hit tentang kaedah untuk menurunkan berat dengan ringkas melalui akuan Instagram dan Facebook.

1. Ada tak tips diet untuk turun berat dalam masa sebulan?

ADA, saya pun pernah turun 8 kg dalam masa sebulan. Tapi, kena jaga makanlah. Ingat ya, dalam menurunkan berat badan ini, senaman hanya menyumbang sebanyak 30 peratus, dan selebihnya 70 peratus bergantung pada diet.

BACA: TURUN 45KG, INI RAHSIA SAYA

Diet yang macam mana? Diet yang realistik, dan bukan ‘diet berangan’ yang memakan diri. Tapi adalah rules yang korang kena ikut. Salah satunya, ingat dalam berdiet ni jangan ‘cut’ kalori terlalu rendah, sebab kalau kita ‘cut’ kalori terlalu rendah ia akan menjejaskan fungsi badan.

…And Never Cut Calories Too Low

(this causes your metabolism to slow, and you can start losing muscle mass)

Shawn M. Talbott, PhD, nutritional biochemist and former director of the University of Utah Nutrition Clinic

Jadi bagaimana? Kalau korang mahu, korang boleh ikut cara saya ini.

I. Less is More

Ini adalah langkah yang paling senang untuk memulakan proses menurunkan berat mengikut pengalaman saya, cara ini memang tak perlu banyak fikir dan pening kepala.

kalau semalam korang makan dua senduk nasi, hari ini cuba untuk mengurangkanya kepada satu senduk setengah atau satu senduk, kalau semalam korang makan dua senduk kuah kari, hari ini cuba kurangkan kepada satu senduk. Sehinggalah korang dah selesa dengan pengurangan ini, bolehlah belajar secara terperinci dan secara perlahan tentang ilmu diet lain yang banyak ada dalam buku kesihatan atau terus sahaja berjumpa dengan pakar kecergasan dan nutrisi.

II. Pilih yang paling kurang!!

Garam! Gula! Minyak! – Saya rasa, tiga sekawan inilah penjenayah paling kejam yang selalu mesabotaj diet rakyat Malaysia. We don’t want to make friends with them!

Jadi? Dalam setiap pilihan makanan, jangan pilih mereka ini! Kalau perlu juga memilih, pilih yang paling kurang mengandungi tiga sekawan ini.

Contohnya? Di atas meja makan, ada semangkuk kari ayam dan semangkuk sup ayam. Mana satu yang anda akan pilih? Mulai hari ini, pilih sup ayam. Kenapa? Kerana sup ayam lebih kurang kandungan garam, gula, dan minyak berbanding kari ayam. Simple! Kalau dia letak garam lebih? Sekurang-kurangnya, kandungan lemak dan minyak dalam sup lebih kurang berbanding dalam kari.

Ini bukan sesuatu yang mutlak dan wajib. Ini adalah satu panduan ringkas mengikut pengalaman dan pengetahuan yang saya ada seteleh diringkaskan menjadi satu cara yang mudah untuk diikuti.

Anda kena nilai sendiri makanan yang akan melepasi tekak dan perut anda, yang akan menjadi lemak degil di dalam badan anda.

2. Macam mana nak hilangkan gemuk air? Cardio dah buat, sauna dah buat, apa lagi yang kene buat?

Kawan-kawan, kalau gemuk tu tetap lah gemuk. Jangan lah fikir gemuk air ke gemuk daging ke, gemuk pipi ke, gemuk tang peha saja ke, sekarang kita fikir macam mana nak kurus sahaja sampai betul-betul fit dan sihat !

BACA: MALAS KE GYM? SENAM KAT RUMAH PUN BOLEH KURUS

Kalau korang tu dah jaga makan, dah buat cardio, dah sauna, dah siap mandi steam siap tabur bunga tujuh warna dalam bilik steamer tu takkanlah tak kurus. Kalau tak kurus jugak tu mesti apa yang korang buat tu TAK CUKUP atau TAK BETUL

TAK CUKUP tu apabila kalori yang dibakar kurang dari kalori yang masuk, jadi korang check la, korang makan apa? Korang rasa dengan senaman korang buat hari tu mampu bakar semua kalori tu ke tak?

Contohnya, sepinggan nasi lemak biasa (hanya telur ye) dalam 500-600kcal. Nak bakar banyak tu korang kena lari atau berjogging dalam 30- 40 min begantung kepada badan korang. Itu baru sarapan pagi. Makan petang ? Malam? senaman korang berapa minit pulak? hmmm

TAK BETUL pulak bila pergi gym ambil gambar , reply Whatsapp dan update Instagram je lagi banyak dari bersenam. Habistu workout berapa lama je? Bukan nak kata salah. Tapi ini memang perkara yang korang kena belajar dengan betul.

Contohnya, korang google “Spartan Training” korang ikut la betul-betul baru boleh dapat badan macam actor filem Spartan! Tapi jangan lupa kena juga rujuk teknik yang betul dengan orang yang berpengalaman atau lebih lebih baik dengan pakar kecergasan berkelayakan. Itu baru betul bang!.

3. Macam mana nak hilangkan boroi walaupun badan dah kurus?

Rasanya la kan, dalam hidup kita ni jarang sangat kita tengok kalau orang yang betul-betul jaga makan dan bersenam mempunyai masalah boroi dan buncit, rasanya macam tak ada.

Tapi kalau ada, mari kita semak balik apa yang kita dah lakukan untuk kurangkan masalah boroi tu.

Saya juga pernah tulis bagaimana pengalaman saya menurunkan berat badan dan mengecilkan saiz pinggang dari saiz 44 inci ke 32 inci dan tips menghilangkan perut buncit, belly fat dan mendapatkan six pack yang cantik. Korang sila baca dan hadamkan link kat bawah ni.

BACA: TIPS HILANGKAN BELLY FAT

Boroi ataupun buncit adalah disebabkan lemak dekat bahagian abdomen. Lemak ini bukan setakat degil malah adalah yang paling susah nak di buang dari badan.

Tiada cara spesifik untuk mengatasi masalah ni selain proses normal membakar lemak di keseluruhan badan iaitu hanya dengan senaman dengan betul dan penjagaan makanan dengan betul.

Orang tanya lagi, habis tu sit up, plank dan segala jenis senaman perut tu tak boleh kempiskan perut ke? SEPARUH BETUL, sebab

  1. Segala jenis senaman akan membantu membakar lemak badan, jadi apa sahaja pergerakan yang membakar kalori akan membakar lemak badan, persoalanya cukup ke tak hanya dengan senaman perut? Tak cukup, kena tambah senaman lain untuk mempercepatkan pembakaran kalori badan! Barulah terbakar lemak seluruh badan termasuk perut.
  2. Senaman perut berfungsi untuk memperkuatkan otot dibahagian abdomen, jadi apabila lagi banyak kita lakukan senaman itu ia akan membentuk otot yang cantik dibahagian perut, orang kata nampak la six pack tu, soalanya nampak ke? Kalau masih diselaputi lemak tebal? Maka untuk menurunkan peratusan lemak supaya nampak six pack tu. Diet yang betul dan senaman yang betul adalah sangat penting.

4. Cycling, running, swimming, weight lifting? Senaman apa yang paling bagus untuk kurus?

SEMUA BAGUS kalau korang buat senaman tu tambah dengan diet yang betul. Tapi orang tetap tanya kan, sebab manusia ni kalau boleh jawapan tu mesti nak kena dengan apa yang dia fikir. Baru dia rasa apa yang dia buat tu betul dan sedapkan hati dia.

BACA: DIET VS BERSENAM, MANA LAGI BAGUS?

Senaman ni tiada yang salah dan tiada betul. Yang salahnya adalah teknik korang buat tu, kalau salah teknik boleh bawa kecederaan dan satu lagi adalah tak cukup, apa yang korang buat tu tak cukup nak bakar kalori yang korang dah ambil seharian.

Jujurnya saya buat banyak jenis senaman daripada berlari, berenang, pergi gym, main squash dan sampai la panjat memanjat bukit dan gunung (tapi saya ni jenis daytrip hiker je).

Saya pernah tulis senaman yang saya buat ni dan kebaikanya secara terperinci dan saintifik. Siapa yang nak tahu korang baca link bawah ni, saya cerita pasal kebaikan berlari, berenang dan weight lifting, semua bagus.

BACA: MENURUNKAN BERAT BADAN LEBIH CEPAT DENGAN BERENANG

Adalah lagi bagus kalau kita buat semua sebab kombinasi banyak senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan seperti yang ditunjukkan dalam kajian Lesslie H. Willis et al. (Effects of Aerobic and/ or Resistance Training on Body Mass and Fat Mass in Overweight or Obese Adults, 2012)

5. Saya selalu GAGAL, dah bersenam dan jaga makan, tapi tetap tak kurus. Macam mana nak konsisten?

Saya pun dulu selalu gagal, sebab apa? Sebab tak konsisten, malas dan kuat berangan, nak kurus tapi malas. Tapi takkan la selamanya nak gemuk? Penatlah!

BACA: TIPS TURUN BERAT UNTUK YANG SIBUK BEKERJA

Jadi pada 2010 saya bertekad betul-betul nak kurus sebab saya kena darah tinggi , tapi yang buatkan saya istiqamah adalah memang saya nak jadi kacak macam artis dan juga model.

Betul kan? Semua orang suka tengok orang yang presentable dan good looking. Jangan tipu la kalau korang tak suka tengok.

Saya rasa, disebabkan saya ada role model lah, saya dapat berdisiplin dan konsisten dalam senaman dan diet saya sampailah sekarang. Dan akhirnya, saya dapat jadi macam role model saya: presentable look, dan dapat masuk majalah. Jadi … siapa role model korang dan macam siapa korang nak jadi?

Kalau korang dapat jawab soalan yang ni, insyaallah ini adalah kunci kepada kejayaan misi kurus korang.

FAQ – Bagaimana Nak Kurus?

Setakat ini dulu saya menjawab soalan tentang proses menurunkan berat badan, sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidak ada satu rahsia pun di sembunyikan atau pun cara paling cepat untuk mendapatkanya.

TIGA perkara yang boleh di simpulkan dalam entri kali ini adalah

  • Senaman yang betul dan cukup
  • Diet yang seimbang dengan keperluan badan
  • Disiplin diri dalam memastikan proses menurunkan berat itu konsisten.

Untuk entri seterusnya pula saya akan rangkumkan soalan – soalan paling popular dalam mengekalkan berat dan bentuk badan.

Ye la kan bila dah berjaya kurus cabaran seterusnya pula adalah untuk kekalkanya.

Cabaran ini lagi besar sebab nya kalau salah cara, mesti kita akan kembali ke bentuk asal badan kita dulu seperti belon yang di pam-pam sehingga besar kembali. Tunggu ya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here