Senaman Asas Di Rumah

Apabila saya berkongsi tentang 3 Rahsia Kurus tanpa ubat saya pada post pertama bila mana laman sesawang ridwanmustafa.com dilancarkan, ramai yang sering bertanya kepada saya apa latihan dan senaman asas di rumah yang saya lakukan sehingga dapat membentuk badan persis seorang model dan mempunyai 6packs?

Saya akui sepanjang 4 tahun saya berubah untuk menjadi seorang yang lain dari segi gaya hidup dan diri, terlalu banyak perkara yang saya belajar serta amalkan baik dari segi pemakanan, diet dan senaman.

Jadi hari ini saya akan berkongsi kepada pembaca RM berkenaan latihan dan senaman yang saya sering lakukan di rumah jika saya tidak ke Gymnasium ataupun berlari di luar.

Berikut adalah peralatan ringkas yang boleh di beli dan di letakan di rumah. dan senaman yang boleh dilakukan dengan nya

1. SENAMAN MENGGUNAKAN DUMBELL

Dumbell adalah antara peralatan paling ringkas yang boleh di beli dan diletakan dirumah

Saya pasti ramai di luar sana yang membaca entri ini sudah mempunyai sepasang dumbell di rumah mahupun di pejabat, atau mungkin yang belum ada akan membelinya selepas membaca entri ini.

Untuk pengetahuan semua, Dumbell adalah peralatan yang sangat bagus kerana ia bisa memberikan kesan kepada pembentukan otot keseluruhan badan. Banyak latihan dan senaman yang boleh di lakukan dengan menggunakan sepasang dumbell dan jangan terkejut dengan kesannya nanti.

Salah satu latihan untuk memberi bentuk kepada bahagian atas badan adalah dengan 2 latihan di bawah.

Lateral Raise

Dumbell Workout for Shoulder – Lateral raise

Lakukannya  mengikut kesesuaian berat bagi anda. Jangan terlalu berat sehingga boleh mencederakan anda

Arahan: 12 Reps x 3 Set (rehat 1 minit di antara set)

Front Raise

Dumbell Workout – Front Raise

Selepas melakukan latihan bahagian sisi bahu, sekarang kita beralih kepada latihan bahagian depan bahu, dimana kombinasi kedua-dua latihan akan memberikan bentuk kepada bahu anda.

Arahan: 12 Reps x 3 Set (rehat 1 minit di antara set)

2. POWER TWISTER BAR FOR ARM AND CHEST STRENGTH TRAINING

Power Twister Bar atau Spring Bar sangat mudah dan senang di dapati, penggunaanya juga senang namun kesanya tidak dapat dinafikan, memberikan kesan yang baik kepada pembentukan dada dan lengan.

Twist Bar juga antara kelengkapan yang ringkas dan bagus untuk Lengan dan dada
Twister bar yang mudah di gunakan.

Arahan: 12 Reps x 3 Set (rehat 1 minit di antara set)

3. ABS ROLLER FOR ABS AND CORE STRENGTH

Apabila orang tanya saya bagaimana untuk mengekalkan bentuk perut dan memberi kekuatan kepada bahagian tengah badan, inilah jawapan saya. Latihan untuk kekuatan perut menggunakan Abs Roller adalah rahsia saya selama ini, Abs roller sangat mudah di dapati dan murah untuk dibeli.

Abs Roller mudah didapati di pasaran, gunakanya untuk memguatkan bahagian perut anda.

Selain memberi bentuk yang menawan, Abs roller berupaya menambah kekuatan kepada bahagian tengah badan saya dan ini sangat penting untuk mengekalkan stamina ketika saya berlari marathon yang jaraknya 42km

Abs Roller saya gunakan untuk mengekalkan bentuk 6packs

Arahan: 12 Reps x 3 Set (rehat 1 minit di antara set)

MUDAH BUKAN?, anda hanya memerlukan peralatan yang ringkas dirumah dan gunakanya sebagai alatan senaman yang mampu memberi bentuk kepada badan anda dan yang paling penting membant anda menurunkan berat badan dalam masa yang sama memberi bentuk kepada badan anda

Untuk Video penuh tutorial ini sila lihat video ini 🙂

Selamat Mencuba. Jangan Lupa Subcribe Channel Youtube Saya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here