Bagaimana Belly Fat Hilang?

STRESS DENGAN LEMAK DI PERUT? INI JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG MAMPU HAPUSKAN “BELLY FAT” dan Turun Berat Anda.

Entri sebelum ini banyak bercerita tentang pemakanan dan kebaikan jenis makanan untuk stamina dan menurunkan berat badan,

BACA: MAKANAN UNTUK TINGKATKAN STAMINA

Kali ini saya akan bercerita dan berkongsi secara spesifik tentang makanan yang boleh membantu anda mempercepatkan proses menghilangkan “love Handle” atau “Belly Fat” anda. Anda pasti stress  apabila memegang perut anda? hahahahaha

setiap orang mengimpikan bentuk badan menawan, sedikit bentuk otot di badan pasti tidak mengecewakan. latihan dan pemakanan yang betul adalah amat penting

Saya pasti anda semua pernah mendengar pepatah lama  yang mengatakan “You Are What You Eat”, anda adalah apa yang anda makan dan sememangnya ia adalah sesuatu yang benar.

Jika anda berpegang kepada diet yang sihat, saya pasti secara luarannya badan anda dapat mencerminkan bagaimana dekorasi makanan di pinggan anda.

Anda pasti akan berasa sihat, bertenaga dan mempunyai badan yang tegap. Jadi sudah ternyata secara jelas bahawa struktur diet pemakanan seseorang dapat memberi kesan kepada tubuh badan kita.

Jika anda benar-benar mahu mengurangkan lebihan lemak yang terkumpul di perut anda itu, anda boleh amalkan beberapa jenis makanan yang bagus dan efektif untuk mengurangkan “belly fat” yang akan saya kongsikan di dalam entri ini.

Makanlah makanan berprotein tinggi lebih banyak daripada biasa. Semua protein yang anda ambil seharusnya rendah lemak, misalnya putih telur, ikan, ayam, atau sepotong daging merah dengan sedikit lemak.

Tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga untuk mencerna protein dan protein itu sendiri boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan otot.

Contoh Makanan Berprotein Tinggi. AYAM BAKAR

Pertumbuhan otot akan membantu anda membakar lemak dan meningkatkan metabolisme anda dan ia dapat membakar lemak dengan lebih cepat seiring dengan perkembangan badan yang lebih kuat.

Berikut adalah makanan dan minuman yang saya amalkan untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak di perut.

1) SUSU

Susu yang banyak khasiat untuk kesihatan

Susu dipercayai dapat membantu menurunkan berat disamping menhilangkan lemak di perut, terutamanya dengan mengamalkan susu Rendah lemak atau pun tanpa lemak (susu Skim).

Menurut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Alabama di Birmingham pada tahun 2010 telah mendapati bahawa susu merupakan agen minuman terbaik untuk mengurangkan “belly fat”.

Susu antara minuman pilihan ketika bersarapan

Bukan itu sahaja,  International Journal of Obesity juga membuktikan dengan meminum susu setiap hari mampu membantu anda menurunkan berat badan apabila Sebuah kajian yang menguji hubungan antara berat badan dan lemak tubuh dengan meminum susu menunjukan hasil yang berbeza dengan pendapat yang mengatakan susu boleh menggemukan.

Menurut kajian tersebut:

“Individu yang meminum susu akan mengalami kehilangan lemak sekitar 700 gram dan peningkatan jisim otot sebanyak 500 gram.”

Manakala David L.  Katz, MD,  Penasihat Gizi dan Profesor Kesihatan Masyarakat di Yale University menyatakan: 

Kalsium, vitamin D, dan Protein yang terdapat dalam susu boleh membantu anda kehilangan lemak  dalam masa yang sama membantu menambahkan jisim otot badan anda.

Dengan meminum banyak susu boleh membantu memlambatkan pertumbuhan sel-sel lemak apabila dikombinasikan dengan diet penurunan berat badan yang seimbang dan terkawal.

Jadi ini masanya, jika anda penggemar susu dan sering was-was adakah susu mampu menurunkan berat dan mengurangkan lemak di bahagian perut? Jawapannya adalah YA!

Anda berada di landasan yang betul untuk menurunkan berat badan anda dengan memilih makanan yang betul seperti susu 🙂

2) IKAN

Kepingan ikan yang bagus untuk diet dan mengurangkan lemak badan

Saya akui sepanjang perjalanan saya dalam menurunkan berat badan, saya banyak mengambil ikan sebagai sumber protien saya.

BACA: MAKAN IKAN UNTUK KURUS

Mungkin kerana saya berasal dari Terengganu dan memang makanan kegemaran saya adalah ikan.

Sehinggalah saya membaca tentang kebaikan ikan yang dapat membantu menurunkan berat badan.

Siakap Stim, Untuk yang penggemar diet cara Malaysia

Banyak jenis ikan yang boleh didapati di pasaran, kita ada ikan kembung, ikan cencaru, ikan tenggiri, ikan tongkol dan bermacam-macam jenis ikan tempatan yang mudah didapapti di pasar sekeliling kita, jika anda mempunyai bajet yang lebih mungkin boleh memilih ikan yang sedikit mahal seperti Salmon, Kod dan sebagainya tergantung kepada anda, setiap ikan mempunyai kebaikan tersendiri. Pun begitu secara am, ikan sangat bagus untuk menurunkan berat badan sekaligus dapat mengurangkan lemak di bahagian abdomen badan. Kajian yang di keluarkan oleh  “International Journal of Obesity” 2007 mendapati bahawa

Eating three 5.3-ounce servings of either lean or fatty fish per week for four weeks as part of a low-calorie diet resulted in approximately 2.2 POUNDS MORE WEIGHT LOST THAN FOLLOWING A SIMILAR DIET THAT DIDN’T INCLUDE FISH

Bukan setakat itu, Fakta ini juga disokong apabila satu kajian yang dilakukan dan dikelarkan oleh  “Nutrition, Metabolism and Cardiovascular Diseases” December 2009 yang mendapati bahawa :

eating five 5.3-ounce servings of cod per week as part of a low-calorie diet for eight weeks resulted in an EXTRA 3.8 POUNDS OF WEIGHT LOSS COMPARED TO A DIET WITH THE SAME AMOUNT OF CALORIES BUT NO FISH.

Ikan Tongkol merupakan sumber protein yang baik untuk badan

Ternyata dengan kajian-kajian dan penemuan di atas yang bercerita dan membuktikan keberkesanan Protein daripada ikan untuk membantu menurunkan berat sekaligus dapat memberikan kesihatan yang baik kepada kita adalah amat perlu kita amalkan.

Keberkesanannya dalam diet seharian yang dapat mengurangkan lemak badan sekaligus membantu menurunkan lemak yang terkumpul di bahagian abdomen.

Tetapi harus diingat, pengambilanya harusklah dalam kuantiti yang terkawal dan mengikut keperluan kalori badan sahaja. 🙂

3) DADA AYAM

Dada Ayam yang tinggi protein dan rendah lemak

Sering kita dengar ayam adalah antara sumber makanan yang kaya dengan protein, Ya betul!

Ayam mengandungi kandungan protein yang tinggi terutamanya di bahagian dada. Dada ayam sangat popular di kalangan penggemar sukan bina badan dalam diet seharian mereka.

“CHICKEN BREAST is fairly low in calories, it’s packed with lean protein, Protein is important for immune function, cell regrowth and muscle building.”

Tidak dinafikan pengalaman saya belajar tentang dunia Fitness ini, saya banyak berguru dengan penggiat sukan bina badan dan mereka banyak membantu saya dalam membentuk otot dan badan saya sekekar badan model fitness antarabangsa .. hahahaha (berangan)

MH Cover Guy 2015 : Ridwan Mustafa

Ketika saya mempersiapkan diri untuk pertandingan Men’s Health Cover Guy 2015, saya menjalani kehidupan seperti atlet sukan bina badan yang lain.

MAKANAN UTAMA saya pada ketika itu adalah Dada Ayam dan ia sangat berkesan mengurangkan peratusan lemak dalam badan dan merealisasikan impian untuk mempunyai 6 packs 🙂

Dada Ayam dibakar bersama Bijirin Oat

RENDAH LEMAK 

KENAPA dada ayam? Untuk pengetahuan semua, Dada ayam adalah bahagian ayam yang rendah lemak termasuk lemak lepu yang mana

85 gram isi daripada dada ayam hanya mengandungi  7 gram lemak dan 2 gram lemak tepu.

Ia adalah sangat rendah lemak  yang dihasilkan daripada sumber haiwan.

Jika anda mahu kurangkan lagi lemak tersebut, yang paling penting adalah anda perlu membuang kulit pada dada ayam tersebut.

100g dada ayam pula mengandungi 30 gram kandungan protein. Protein inilah yang diperlukan untuk meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses penyembuhan dan pembesaran otot badan.

Insyaallah, ia adalah pilihan yang sangat bagus dalam diet harian anda.

Contoh makanan di Malaysia yang mudah didapati adalah Ayam Tandoori di kedai mamak

Ayam Tandoori antara makanan berasakan dada ayam yang mudah di dapati di Malaysia. Saya sering memilih Tandoori ketika diet MH cover guy 2015

Tahukan anda, pengambilan protein tanpa lemak sangat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Jumlah protein yang diperlukan oleh lelaki ialah 56g sehari manakala wanita pula ialah 46g sehari.

Metabolisma badan amat penting untuk proses menghilangkan lemak badan seterusnya menurunkan berat badan yang berlebihan.

Artis Korea Siwon Super Junior (SuJu) juga mengamalkan diet dengan memakan dada ayam dan melakukan senaman yang konsisten nntuk menurunkan berat sebanyak 8kg disertai dengan badan yang berotot untuk menjayakan Drama SBS ‘Oh My Lady’ bersama aktress Chae Rim.

Turun Berat Untuk Lakonan
Siwon, Super Junior mengamalkan Diet Dada Ayam

Itulah kebaikan Diet Dada Ayam yang mampu untuk menurunkan peratusan lemak badan anda dan membantu menurunkan berat badan anda secara keseluruhan.

Ianya mudah didapati di Malaysia kerana pelbagai jenis ayam di jual di pasaran kita:)

4) TELUR

Berikut adalah dua soalan yang paling popular di kalangan masyarakat tentang telur:

  1. Apakah kuantiti yang paling bagus untuk di ambil oleh seseorang setiap hari
  2. Adakah kuning telur akan menyebabkan kegemukan dan peningkatan kadar kolestrol badan?

Jika anda pun masih kurang pasti dengan apa yang ada pada telur sehingga saya memilihnya sebagai satu sumber protein yang utama untuk saya dalam misi menurunkan berat dan menghilangkan lemak dibadan ,biar saya cerita tentang fakta nutrisi tentang telur ini.

Tahukah anda , Telur yang selama ini anda fikir tidak bagus untuk badan adalah sebenarnya antara makanan yang membantu untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan, terutamanya lemak di bahagian Abdomen.

Dan YA ini termasuklah Kuning telur.

KENAPA? ini fakta nutrisi tentang telur yang anda perlu tahu

  1. Egg yolks contain more than 90% of the calcium, iron, phosphorus, zinc, thiamine, B6, folate, and B12, and pantothenic acid of the egg,
  2. Contain ALL of the fat soluble vitamins A,D, E, K and essential fatty acids (EFAs)
  3. Control our appetite, balance fat burning hormones and HELP us to BURN BODY FAT

Sebuah kajian di Rochester Center For Obesity Research mengatakan bahawa dengan memakan telur ketika bersarapan boleh membantu mengurangkan rasa lapar seharian dan akan mengurangkan pengambilan kalori sepanjang hari lebih dari 400 kalori.

Ini bermakna anda akan menghilangkan lebih tiga (3) kilogram sebulanI

KUNING TELUR TINGGI KOLESTROL?

Benar, kuning telur mengandungi kolestrol yang tinggi. TETAPI

The effect of egg consumption on blood cholesterol is minimal when compared with the effect of trans fat and saturated fat.(Francisco Lopez, MD). One study at the University of Connecticut found that the fat in egg yolks actually helps to REDUCE LDL (“bad “cholesterol).

sarapan asas yang boleh kita amalkan.. telur dan roti cukup sihat dan berkualiti

Bukan setakat mampu menurunkan berat, kandungan protein yang tinggi dalam putih telur amat digemari oleh penggemar sukan bina badan membentuk otot-otot yang kekar di badan mereka, termasuk saya 🙂

Jadi, jangan takut untuk mengambil telur dalam diet seharian anda, kuantiti nya harus lah berpada-pada dan tidak berlebihan.

Contohnya saya biasanya memakan tiga (3) biji telur separuh masak setiap hari untuk sarapan saya selepas saya melakukan sedikit rutin larian dan senaman setiap pagi.

Insyaallah ia bagus untuk kesihatan dan kehidupan seharian anda.

5) BIJIRIN OAT

Bijirin Oat bagus untuk mengawal kolestrol

Menggantikan nasi dengan bijirin oat untuk hidangan malam anda boleh dijadikan sebagai amalan jika anda berhasrat untuk mengurangkan “belly fat” anda. Sebuah kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah menyatakan bahawa responden yang dinasihatkan untuk manjadikan oats sebagai makanan malam mereka dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat lebih lebih lagi lemak yang terkumpul di sekitar perut.

Sebuah kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah menyatakan bahawa responden yang dinasihatkan untuk manjadikan oats sebagai makanan malam mereka dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat lebih lebih lagi lemak yang terkumpul di sekitar perut.

FitLife Bites yang kaya dengan bijirin Oat

BACA: OAT MAMPU BANTU TURUNKAN KOLESTROL DAN BERAT

BACA: FitLIFE PRODUK YANG BERASASKAN BIJIRIN OAT UNTUK ANDA

6) TEH HIJAU 

Teh Hijau yang kaya dengan antioksidan

Tidak dapat di nafikan, ramai penggemar Teh Hijau di sini, di akui teh hijau dangat banyak kebaikannya.

Antara yang paling di sebut-sebut adalah Teh Hijau kaya dengan antioksidan yang mampu melawan kanser.

Pun begitu, teh hijau juga bagus untuk menurunkan lemak di badan satu kajian dalam JFF (Journal of Functional Foods) pada tahun 2012 menunjukkan bahawa mereka yang minum 1 ½ cawan teh hijau yang diperkaya dengan jumlah kira-kira 600mg catechin.

Catechins adalah sekumpulan antioksidan, membantu dalam membakar sel-sel lemak terutamanya belly fat yang terkumpul di perut.

Tambahan pula, menurut kajian yang dilaporkan American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau telah terbukti untuk mengaktifkan proses pembakaran lemak yang terbukti dengan penurunan berat badan dalam kalangan responden yang terlibat.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh University of Maryland Medical Center telah mendapati bahawa seseorang itu harus minum 2-3 cawan teh hijau sehari bagi mendapatkan kandungan jumlah catechin yang secukupnya untuk membantu menurunkan berat badan.

Ternyata dengan kebaikan yang ada pada teh hijau, wajarlah ia dijadikan pilihan dan diamalkan selalu.

Harganya yang mampu milik dan senang didapati merupakan bonus untuk kita semua.

7) KOPI

Kopi yang kaya dengan kafien dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan

Tahukah Anda, Kopi adalah ejen Pembakar Lemak Alami (Natural Fat Burner)?

Kandungan kafein yang ada dalam kopi mampu untuk meningkat kadar metabolisma badan.

Seterusnya meningkatkan kadar pembakaran lemak badan kita.

Dalam diet seharian saya, saya sering mengamalkan kopi untuk membantu mengawal selera makan saya dan memberi tenaga yang lebih ketika latihan.

Menurut  Kathy Taylor, seorang pakar diet telah menyatakan bahawa dengan meminum kopi dapat meningkatkan penurunan berat badan dengan mengawal nafsu makan atau keinginan untuk makan

Ia juga membantu proses pembakaran kalori dengan merangsang termogenesis dalam badan.

Kopi dan kafein juga dikatakan suatu ‘alat’ penurunan berat badan yang sangat efektif.

Menurut Maik Wiedenbach, pemilik Adlertraining di New York City, beliau mengatakan bahawa kopi berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat.

Ia penting dalam pemulihan selepas workout atau senaman dan baik untuk kesihatan sistem imunisasi secara keseluruhan.

Tambahan pula beliau mengatakan juga bahawa kopi membolehkan seseorang memberikan tumpuan yang lebih semasa bersenam di gym dan meningkatkan stamina kita secara tidak langsung.

Saya sendiri mengamalkan kopi tanpa gula sebagai minuman ruji saya. Alhamdullilah saya dapat menurunkan berat badan, menghilangkan lemak di perut dan mengekalkan bentuk badan yang menawan.

Bentuk badan yang menawan jika kita mampu mengurangkan peratusan lemak di badan terutamanya di bahagian abdomen.

BEGITULAH sedikit sebanyak tentang makanan dan minuman yang saya amalkan dalam proses menurunkan berat badan dan menghapuskan lemak di bahagian abdomen.

Percayalah bentuk badan yang menawan hadir apabila kita dapat mengawal peratusan lemak di badan.

Peratusan lemak badan sangat bergantung kepada apa jenis makanan yang kita makan.

INGAT

Makanan rendah kalori tidak semestinya berkualiti, Makanan tinggi kalori tidak semestinya tidak berkualiti. Yang penting kualiti makanan itu bergantung kepada fakta nutrisinya. Buat pilihan dengan bijak untuk badan anda.

2 COMMENTS

  1. Salam bro..just nak suggest, boleh tak buat artikel program permakanan untuk diet utk orang malaysia. Cth cadangan menu utk sarapan, lunch n dinner.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here