Untuk tingkatkan stamina pemakanan perlu dijaga. Makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan seseorang ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Jadi dalam entri ini, saya akan menyenaraikan 5 makanan yang baik untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan kita. Jom kita intai – intai

1. Pisang

Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting.

Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

2. Soya

Kaya Dengan Asid Amino
Kaya Dengan Asid Amino

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang.

Selaian itu Kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.

3. Goji

Khasiat Buah Goji Mampu Tingkatkan Stamina
Khasiat Buah Goji Mampu Tingkatkan Stamina

Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.

Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.

Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren.

Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif.

4. Daging

Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan.

Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya.

Daging putih pula daripada keluarga Burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri.

Pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang.

Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan.

5. Telur

Kaya vitamin A, vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium, iron, phosporus, dan potassium

Kejayaan Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin yang telah berjaya mencipta beberapa rekod pendakian gunung banyak bergantung kepada diet dan pemakanan beliau, ia adalah penting untuk mengekakalkan stamina beliau untuk menawan puncak gunung, salah satu petua yang diamalkan beliau adalah mengamalkan makan telur kuning ayam kampung yang dicampur dengan halia.

Apa kebaikan telur ayam kampung ini sehingga ia mampu mengekalkan stamina seseorang jika diamalkan, jom kita singkap

Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A, vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium, iron, phosporus, dan potassium.

Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan, terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba.

Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula. Jom Tingkatkan Stamina!!!

14 COMMENTS

  1. Assalamualaikum…adakah dengan minum banyak air, ia boleh mengundangkan masalah gemuk air?
    Dari segi pemakanan, bagaimana kita hendak tahu berapa banyak kalori yg diperlukan seharian utk badan kita?

    • wsalam,
      terima kasih kerana melawati ridwanmustafa.com

      masalah gemuk air adalah disebabkan oleh kandungan garam dalam badan yang tinggi, secara saintifiknya, garam akan “memegang air” dan menyebabkan ia kekal dalam badan, jadi untuk mengurangkan nya, kita harus Kurangkan garam dalam Diet Seharian dan Mengamalkan Meminum banyak air Kosong untuk kesihatan badan.

      air masak tidak menyebabkan kegemukan, saya sentiasa amalakan meminum air masak ia bagus utk sistem keseluruhan badan,

      nanti saya akan ceritakan secara terperinci tentang AIR MASAK UNTUK MENGURUSKAN BADAN

  2. Salam.. bro RM, nak tnya.. antara daging merah & daging putih mana lg bgs pengambilannya?? Sbb ada terbaca daging merah ambil masa yg lama utk dihadam.. then, workout pn kene lebih.. betul ke??

    • Wsalam tuan,

      terima kasih kerana membaca website saya ini,
      pada hemat saya, dan kajian yang saya lakukan, daging Putih lagi baik dari daging merah,
      dari, contohnya daging lembu yang kandunganya kolestrol dan lemak sedikit tinggi berbanding dengan daging Putih contohnya daging ayam.

      perkara ini akan saya ceritakan secara details dalam entri tentang daging merah vs daging putih

      terus ikuti ridwanmustafa.com ya 🙂

  3. Salam Br Wan
    Nak tanya diet pamakanan untuk lelaki yang perut boroi. Selain latihan kepada bahagian perut dari segi pemakanan pulak bagaimana? Ada makanan yng perlu dielakkan? Ape makanan yng perlu dimakan drpd pagi tghri dan malam

    • wsalam

      dari pada pengalaman dan kajian yang saya lakukan, sebenarnya tiada makanan spesifik yang boleh kurangkan boroi di perut, ia adalah pengawalan makan dan latihan/senaman secara konsisten untuk menurunkan berat secara keseluruhan badan…

      jika ini dapat dikawal, insyaallah bukan setakat perut, bahagian lain juga akan terbentuk cantik.:)

      menjawab makanan yang perlu dielakan semasa diet, nanti akan saya terangkan secara terperinci dalam entri akan datang

      terima kasih kerana melayari ridwanmustafa.com dan memberikan input untuk saya kembangkan 🙂

    • wsalam,

      bila di buat kajian dan pembacaan, tidak ada kajian tepat mengatakan soya boleh memandulkan, apa yang di nyatakan adalah pengambilan secara berlebihan adalah tidak bagus kerana disebabkan oleh yang berikut :

      quote
      Others food marketed as “healthy” such as soy milk, soy protein, and other processed soy products contain specific concentrated compounds that can CAUSE something in your body referred to as “STUBBORN BELLY FAT”?

      WHY???? Because
      Phytoestrogens
      high concentration, stimulate our body to hold “Belly Fat”

      Xenoestrogens
      Pesticides and herbicides inside our body contribute “stubborn belly fat”

      UNQUOTE

      🙂

    • HI,

      suka saya untuk berkongsi satu fakta tentang telur, daripada pembacaan saya, saya kongsi kat sini

      QUOTE
      Egg yolk have high cholesterol?

      YES!
      BUT the effect of egg consumption on blood cholesterol is minimal when compared with the effect of trans fat and saturated fat.(Francisco Lopez, MD)
      One study at the University of Connecticut found that the fat in egg yolks actually helps to REDUCE LDL (“bad “cholesterol).
      UNQUOTE

      Jadi kenapa perlu takut consume telur? cuma semua makanan yang kita ambil jangan di ambil secara berlebihan 🙂

  4. Assalamualaikum tuan..boleh x tuan kongsikan tip pemakanann sekiranya sukar untuk dapatkn mknn rebus/stim/tanpa minyak/bakar ..

  5. Assalamualaikum tuan, kalau mcm sy yg ada masalah lemak yg berlebihan diperut umpama mcm preggy 6-7 bln ape menu diet yg perlu sy amalkan? Dan dr mne sy perlu mule?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here