Senaman di Rumah atau Home Workout : Whole Body Training- Level 1

Pada 15 Februari 2017 yang lepas, saya telah berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang Whole Body Workout yang boleh dilakukan di rumah dengan hanya menggunakan sepasang dumbell.

Saya pasti masih ramai di luar sana yang “malas” untuk ke Gymnasium dan mana-mana pusat latihan dan senaman. Maka senaman di rumah sahaja adalah jawapan terbaik untuk permasalahan ini.

Jadi dengan melakukan di rumah juga ia mampu memberikan kesan yang sama dengan latihan di gym, malah ia lebih menjimatkan masa dan wang kita 🙂

Ternyata tutorial secara langsung itu dapat membantu ramai orang yang tidak tahu untuk bermula dari mana. Jadi entri ini saya ceritakan kembali tentang workout tersebut yang bagus untuk keseluruhan badan, dapat membantu menurunkan berat dan memebri bentuk asas kepada badan.

KENAPA “WHOLE BODY WORKOUT”?

Whole body workout sangat bagus untuk memberi kekuatan kepada keseluruhan badan dan menstabilkan dan menambah baik postur badan kita

Selain itu apabila melakukan Whole body workout, keseluruhan otot badan akan bertindak balas dan ia akan mempercepatkan pembakaran kalori badan.

Dengan melalukan senaman kseluruhan badan, ia akan membuatkan keseluruhan badan bertindak dan memberi kesan kepada perkembangan otot keseluruhan badan.

  1. SQUAT TO CURL TO PRESS

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk Kaki dan bahagian atas badan

Squat dengan beban 7kg setiap satu
selepas Squat, Press dumbell ke atas

2. PRESS UP

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk bahagian dada

Press Up atau lebih dikenali sebagai Push Up

3. REVERSE-GRIP BENT-OVER ROW

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk bahagian belakang badan (Back)

posisi mula, pastikan postur badan yang betul
Posisi akhir, Senaman ini bagus untuk bahagian belakang badan (back Exercise)

4. LUNGE

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk Kaki (lower body)

Senaman Di Rumah
Lungle dengan menggunakan dumbell 7kg setiap satu

5. ALTERNATING SHOULDER PRESS

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk membentuk bahagian bahu

Shoulder Press
Shoulder press bagus untuk bahagian bahu

6. CRUNCH

Rep 10 > Set 3

Kebaikan : Bagus untuk membentuk otot di bahagian abdomen dan menstabilkan postur badan

posisi awal. crunch menggunakan beban 7kg
Posisi Akhir Crunch. bagus untuk membentuk otot perut

itulah dia 6 latihan asas untuk Whole Body Wokout -Level 1 , bagus untuk perkembangan otot keseluruhan badan.

Tidak rugi untuk anda subscribe channel youtube Ridwan Mustafa, lebih banyak saya akan upload video-video senaman disana dari masa ke masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here