Benarkah Coklat Mampu Untuk Hilangkan Stress? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mana-mana kedai runcit, tidak sah jika saya tidak membeli coklat untuk dimakan dan yang penting ianya bukan hanya satu tetapi dalam kuantiti yang sangat banyak.

Mungkin ada yang terkejut sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri mereka bagaimana seorang yang sangat “Health Conscious” seperti saya gemar untuk mengambil coklat dalam diet pemakanan saya.

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan coklat yang ramai orang tidak tahu.

Pernah anda dengar perkataan “stressed” dieja ke belakang? Jika dieja ke belakang perkataan stressed akan bertukar menjadi “desserts”.

Sebuah kajian yang telah dibuat oleh Sunil Kochhar di Pusat Penyelidikan Nestle di Switzerland, membuktikan bahawa pengambilan coklat merupakan salah satu alat untuk mengurangkan tekanan.

Hilangkan stress dengan coklat
Fit LIfe Bites Mampu Hilangkan Stress dengan Perisa Coklat

Pada waktu dulu ketika saya masih belajar di Universiti saya masih ingat dimana saya akan membeli coklat Cadbury dan Choki Choki sewaktu membuat assignment. Lepas ini boleh makan Fitlife Bites ketika stress buat assigment.

Saya tidak begitu pasti mengapa saya berbuat demikian tetapi sewaktu kita bersusah payah memerah otak membuat assignment hanya kunyahan coklat yang membolehkan saya berasa tenang dan seronok untuk menyiapkan tugasan yang diberi itu.

Hal ini saya sedar apabila saya membuat sedikit kajian mengenai coklat dimana cokat boleh digunakan dalam kuantiti yang sesuai, sebagai salah satu alat untuk mengurangkan stress.

Hal ini kerana coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira dan menghilangkan rasa resah gelisah pada emosi kita.

Ini bermakna makan coklat dapat memberi ketenangan. Haha bukan ketum ye Coklat okay ?

Hehee…Coklat gelap ataupun “Dark Chocolate” juga berupaya untuk meningkatkan mood dengan meningkatkan tahap serotonin dan endorphin dalam otak.

Bukan itu sahaja, coklat juga mampu mengurangkan kadar serangan strok dalam masa yang sama. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Proteome Research, memakan sedikit coklat setiap hari membuatkan diri kita berasa tenang.

Apabila fikiran anda runsing dan tidak tenang, keadaan rumit inilah yang mengakibatkan berat badan anda naik dan seterusnya masalah kegemukan akan menghantui fikiran dan diri anda.

Tekanan menaikkan berat badan kerana ia menyebabkan tahap kortisol anda untuk naik mendadak, meningkatkan selera makan dan menggalakkan anda untuk makan berdasarkan emosi dan bukan fizikal dan akhirnya menyebabkan anda makan secara  berlebihan.

Oleh itu jelas ternyata di sini bahawa, jika anda boleh mengurus tahap tekanan anda dengan baik, sudah pasti anda boleh mengawal dengan lebih baik setiap makanan yang anda masukkan ke dalam mulut anda.

BACA: Makan Ikan Untuk Bina Otot

Oleh itu memakan dark chocolate dapat meningkatkan serotonin dan endorphin tahap dalam otak, yang membantu mengurangkan perasaan tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan mood anda supaya anda tidak stress dan sentiasa tenang.

Jadi tidak salah untuk kita mengambil sedikit coklat untuk merasai Nikmat Hidup, kerana ia terbukti baik untuk kesihatan jika di ambil SECARA BERHEMAH 🙂

SPONSORED

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here