Bila bercerita tentang proses menurunkan berat atau nak kurus. Setiap kali perkara sedemikian bermain dibenak fikiran kita, mulalah pelbagai persoalan akan muncul di fikiran kita. Susah ke diet? Boleh ke aku nak kurus? Bagaimana cara dia? Mahal ke kos dia? Siapa nak ajar aku?

Ya! saya yakin, bukan setakat itu persoalan nya, malah jika boleh di senaraikan pasti 10muka surat kertas A3 pun tak cukup kan?
Kadang kala cukup banyak perkara yang sering diperkatakan kepada kita sehingga fakta yang benar itu diperkotak katikkan dan dilihat secara serong .Yang menjadi mangsa kecelaruan fakta ini bukan siapa-siapa tetapi diri kita sendiri yang digelumangi dengan 1001 persoalan yang tidak jelas di benak pemikiran kita

Jadi, Mari kita sama-sama singkap mana fakta diet yang fakta dan yang mana pula auta dalam entri kita kali ini..
MITOS 1: HANYA MAKAN BILA LAPAR
Tahukah anda bahawa penyelidik di National Weight Control Registry (NWCR) melaporkan bahawa jarak makan yang sama rata sepanjang hari adalah kunci kejayaan bagi mencapai berat badan ideal.
Individu yang makan makanan yang sihat secara berkala bermula dengan sarapan pagi, adalah individu yang lebih fokus, boleh berfikir dengan lebih jelas dan mempunyai mood yang stabil daripada mereka yang makan secara tidak menentu.

Individu yang gemar untuk skip waktu makan lebih terdedah kepada masalah berat badan.
Hal ini berlaku kerana, sekali anda makan anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sangat banyak.
Dalam kajian tersebut juga dinyatakan bahawa individu yang berjaya mengekalkan berat badan yang sihat akan makan makanan berkhasiat setiap empat hingga lima jam.
Jadi apa yang boleh kita simpulkan disini ialah tubuh badan kita memerlukan nutrien yang secukupnya dari semasa ke semasa. Oleh itu makanlah secara berkala tanpa melangkau waktu makan.
MITOS 2 : MAKANAN YANG SIHAT IALAH MAHAL
Makanan sihat sinonim dengan pelbagai produk kesihatan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Paling menakutkan adalah mereka muncul dengan pelbagai jenis dan harga dari semurah-murah harga hinggalah semahal seketul emas.
Memang pahit untuk diterima tapi ini lah realitinya. Adakah kita mampu untuk membeli produk tersebut?
Sebanyak mana wang yang kita ada dalam dunia yang semakin sempit dan mahal ini? Tepuk dada tanya selera.
Tahukah anda bahawa dengan perancangan yang bijak makan makanan yang sihat adalah lebih murah dan berkualiti daripada memakan makanan segera yang memudaratkan kesihatan.
Satu kajian yang dijalankan di Mary Imogene Bassett Research Institute di Cooperstown, N.Y., mendapati bahawa orang yang mengikuti diet yang berteraskan untuk memiliki jantung sihat boleh mengurangkan bil runcit sehingga $8 untuk seminggu untuk seorang individu.

Diet seimbang yang mengandungi segala nutrien makanan yang berkhasiat sebenarnya jauh lebih murah berbanding dengan makanan segera yang dilihat secara literal sebagai makanan yang berkos rendah dan boleh mengenyangkan.
Bagi mengurangkan kos, anda boleh menggantikan ayam dan daging kepada bahan kekacang seterusnya anda juga boleh membeli buah-buahan seperti epal, oren dan pisang secara pukal.
Bukan itu sahaja pelbagai juadah yang berkhasiat boleh dilakukan dengan menggunakan telur dan sayur sahaja.

MITOS 3: KURANGKAN KARBO UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
Ramai orang percaya bahawa badan boleh mengeluarkan serpihan lemak yang dipanggil keton dalam air kencing semasa dalam fasa diet karbohidrat rendah (low-carb diet).
Tetapi satu kajian di Virginia Polytechnic Institute and State University in Blacksburg mendapati bahawa tiada korelasi antara tahap kencing ketone dan perubahan berat badan dalam kalangan wanita dalam diet karbohidrat rendah. Karbohidrat hadir dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam makanan seperti biskut dan gula-gula mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang sedikit.
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti gandum, kacang, dan buah-buahan, mempunyai banyak nutrien yang baik untuk tubuh badan kita.
Oleh itu, apa yang anda perlu buat ialah mengurangkan kandungan makanan yang mempunyai karbohidrat yang sederhana tetapi anda perlu sertakan karbohidrat kompleks pada menu makanan harian anda.
MITOS 4 : MAKAN LEWAT MALAM MENGEMUKKAN
Dialog yang berbunyi “ Jangan makan lewat malam nanti engkau gemuk doe” sangat sinonim dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang sering kali mengingatkan kita supaya jangan makan malam kerana makan pada lewat malam boleh menaikkan berat badan kita.
Tahukah anda bahawa satu kajian yang telah dilakukan di Human Nutrition Research Centre Of Cambridge telah membuktikan bahawa pernyataan ini hanya mitos semata-mata.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia di Cambridge telah mendedahkan bahawa responden yang memakan hidangan makan malam mereka pada pukul 8 malam menghadam jumlah yang sama kalori seperti orang lain yang makan hidangan mereka pada waktu tengahari.
BACA: Coklat Mampu Kurangkan Kadar Serangan Strok
TEPUK DADA TANYA SELERA – NAK KURUS TAK PERLU BERLAPAR
Jadi, perkara-perkara diatas merupakan mitos-mitos yang menjadi pebualan dan topik yang makin dipercayai oleh semua lapisan masyarakat dari dulu,kini dan selamanya. Adakah mitos ini akan terus bertukar menjadi fakta dan terus kekal selamanya? Anda sendiri yang tentukan.