Semua orang mahukan keselesaan dalam kehidupan termasuk dalam aktiviti kesukanan, aspek pemakaian merupakan salah satu aspek yang penting yang perlu di beri perhatian, secara umumnya, pakaian yang dipilih untuk bersukan mestilah praktikal, selesa dan memenuhi ciri – ciri keselamatan kepada pemakainya.

Pakaian yang biasa dipakai untuk bersukan termasuklah t-shirt, seluar track, kasut dan stokin, tetapi masih bergantung kepada jenis sukan yang dilakukan, dan pakaian setiap jenis sukan ada kalanya berbeza mengikut sifat sukan terbabit. Contohnya bagi wanita, coli sukan amat membantu, manakala dalam sesetengah jenis sukan memerlukan lelaki memakai seluar dalam getah untuk keselamatan.

Pemilihan pakaian sukan yang salah boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada badan kita. Misalnya pakaian yang ketat akan menimbulkan masalah seperti bergesel dengan kulit serta mengehadkan pengaliran darah. Stokin terlalu besar pula menyebabkan anda tidak selesa kerana berlipat dalam kasut.

1. FABRIK YANG SELESA

Dalam pasaran sekarang pelbagai jenis fabrik untuk menghasilkan pakaian sukan, disini saya terangkan 3 fabrik asas untuk membuat pakaian sukan. Sekurang-kurangnya kita tahu asas pemilihan fabrik yang betul bila sampai di kedai sukan nanti.

Kapas – Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah paling sesuai digunakan untuk cuaca panas negara kita kerana bahan ini membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Keadaan begini mambantu mengawal dan mengelakkan peningkatan suhu badan.

Cotton is a better fabric than nylon for sports and exercise because, being a natural fibre, it breathes, meaning your skin can also breathe and sweat can evaporate like it is supposed to. – Wiki Answer

Micro Fibre – Kain jenis ini amat selesa dipakai. Kebiasaanya kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersi bola. Kain ini tidak meresap peluh, kebiasaanya selain daripada jersey bola, fabrik ini juga di gunakan untuk membuat baju larian kenara sifatnya yang ringan dan sangat selesa dipakai.

Spendex – Kain jenis lycra atau spandex yang digunakan untuk pakaian renang sekarang adalah amat licin dan dapat mengurangkan geseran air. Ini disebabkan pakaian seperti itu dapat mengurangkan rintangan air dan sekaligus membantu atlet mencipta masa yang lebih baik dan lebih cemerlang (Cheah Swee Ming, 1995).

Ia juga digunakan secara meluas untuk membuat pakaian larian seperti tight dan compression kerana sifatnya yang anjal dan flexible dan sesetengahnya direka untuk menyejukan badan ketika bersukan khususnya ketika larian jarak jauh seperti marathon.

2. SAIZ YANG SESUAI

Jika fabrik yang sesuai kita sudah kenal dan pakaian yang sesuai kita telah pilih, apa yang penting adalah pemilihan saiz yang tepat dengan badan kita, pemilihan saiz yang salah akan menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada pemakainya.

Jadi kepada anda semua, semasa memilih saiz yang betul-betul selesa dengan badan, cuba pakaian tersebut dengan cara bejalan dan bergerak dengan ketika memakai pakaian tersebut dan cubalah beberapa saiz yang hampir dengan saiz badan kita kerana tidak semua pakaian mempunyai ukuran yang sama kerana faktor rekaan dan pengeluar yang berbeza.

Jangan terlampau berasa kesian dengan promoter kerana itu tugas mereka untuk melayan pembeli dan yang paling penting hak kita sebagai pengguna untuk mendapat layanan yang baik dan produk yang bagus daripada kedai terbabit.

Jadi, kepada anda semua, kesihatan itu penting jika tahu dan mengkaji setiap aspek dalam kesukanan, melabur pada pakaian sukan yang betul dan berkualiti adalah pelaburan anda untuk kekal sihat.

SPONSORED

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here