Resipi oat untuk diet bukanlah asing lagi dimana boleh dikatakan menjadi ramuan asas saya ketika ingin menurunkan berat badan. Namun, tidak ramai yang mengambil cakna akan bagusnya pengambilan Oat ini.

Baked Chicken with Oat and Honey Lemon Antara Hidangan yang saya Reka untuk dengan menggunakan Bijirin oat

Apa yang ada pada BIJIRIN OAT?

Sepanjang misi menurunan berat badan saya, oat adalah antara makanan yang paling saya benci kerana rasanya yang tidak mesra lidah, SETUJU ATAU TIDAK?

Walaupun begitu harus saya akui bahawa Oat MEMPUNYAI BANYAK KHASIAT untuk badan terutamanya dari segi pengawalan Kolestrol dan Membantu menurunkan berat badan. Jadi saya memaksa diri saya menyukai Oat dan menjadikan ia satu makanan wajib untuk saya. Jika sesiapa yang pernah membaca kisah saya,

 

Pada umur 23 tahun saya telah disahkan mengidap penyakit darah tinggi dan pada ketika itu doktor menasihatkan saya untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah saya, salah satu caranya adalah dengan memakan bijirin oat sebagai makanan pilihan.

Dengan kata lain adalah menjadikan Resipi Oat Untuk Diet saya.

Tahukan anda, sebenarnya anda boleh menurunkan berat badan anda secara berkala dengan nijirin oats. Saya pasti anda mesti pernah mendengar ungkapan

“Oats merupakan antara makanan terbaik di dunia”

Jika anda rasa kenyataan tersebut benar, dan anda berhasrat untuk menurunkan berat badan anda dalam masa yang sama, Ya! Anda berada di landasan yang betul, Bravo! Teruskan usaha anda untuk mengecapi berat badan ideal yang diinginkan itu.

Akhirnya daripada BENCI saya jatuh CINTA kepada oat.. Kenapa?  Fakta ini untuk anda:

1. KENYANG LEBIH LAMA DENGAN OAT

Oat merupakan antara makanan sihat di dunia, ia merupakan gandum gluten percuma dan mengandungi sumber besar vitamin penting, mineral, serat dan antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa oat dan bijirin oat termasuk keistimewaanya dalam proses penurunan berat badan.

Oat adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat yang anda boleh makan untuk sarapan pagi, Dr. Mary Ellen Camire, Ph.D., Profesor sains makanan dan pemakanan di Universiti Maine menyatakan

“Berdasarkan kajian yang telah dibuat beliau dengan membandingkan antara donat dan roti putih, hasil kajian telah mendapati bahawa memakan oats memberikan kekenyangan dalam tempoh yang lama berbanding donat dan roti putih.”

Jadi, selepas ini anda boleh jimatkan duit apabila menjadikan resipi oat untuk diet sarapan pagi anda pada setiap hari. Berkhasiat dan tahan lebih lama.

Penting bagi kita untuk mengawal nafsu makan ketika proses menurunkan berat badan, apabila Bijirin oat dapat membuatkan kita kenyang dalam masa yang lebih lama, ia akan dapat membantu kita megawal nasfu makan dan menjauhkan kita dari makanan yang tidak sihat. Sekaligus dapat membakar lebih banyak kalori seharian dengan memakan makanan yang mempunyai serat tinggi seperti bijirin Oat.

Banana Oat Smoothies Antara Sarapan Yang Boleh Menggunakan Oat sebagai Bahan tambahan

2. OAT MAKANAN RENDAH LEMAK DAN RENDAH KALORI

Satu hidangan oatmeal mempunyai kalori yang kurang daripada beberapa keping roti dan mempunyai lebih banyak serat dari roti. Makan makanan yang rendah lemak boleh membantu anda mengurangkan kalori yang anda makan, dan oatmeal merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan resipi oat untuk diet anda.

Ia mempunyai hanya 3 gram lemak setiap hidangan, dan lemak ini terutamanya terdiri dari polyunsaturated and monounsaturated fat yang baik untuk badan anda

Kandunganya tinggi serat sangat baik untuk mengawal berat badan dan lagi baik jika di makan bersama makanan lain yang bagus contohnya buah dan susu rendah lemak. Kajian di bawah jelas membuktikan perkara ini.

According to a 2005 article published in the journal “Nutrition,” fiber intake is inversely correlated with high body fat and body weight. To spur weight loss and encourage healthy weight maintenance, the National Institutes of Health recommends oatmeal with nonfat milk and fruit as a smart breakfast choice.

Kejayaan saya dalam menurunkan berat badan sangat di bantu oleh fakta-fakta dan kajian sebegini, kerana itu untuk menurunkan badan secara sihat, kita harus membuat kajian dan belajar bagaiamana menurunkan berat secara sihat dan tidak memudaratkan kesihatan. Kajian tentang bijirin Oat sangat banyak untuk dijadikan rujukan

Jadikan ia salah satu makanan rendah lemak dan berserat tinggi pilihan anda

3. OAT DAPAT MENGURANGKAN KOLESTROL

Syukur, setelah saya mengamalkan resipi Oat untuk diet harian saya di gabung dengan makanan lain yang berkhasiat dan bagus, akhirnya kadar kolestrol dalam badan saya menurun kepada tahap normal dan dalam masa yang sama BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN.

Terima kasih doktor kerana menasihati saya untuk mengamalkan resipi oat untuk diet seharian.

Jika anda mempunyai kolesterol yang tinggi, apa yang anda tunggu lagi, jadikanlah resipi oat untuk diet sebagai makanan asas anda.

Oat mampu untuk menggantikan nasi kerana oat bukan sahaja mampu mengenyangkan anda tetapi juga berfungsi mengurangkan kolesterol.

Salah satu komponen penting dalam oat ialah Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan.

Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpul kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan kolesterol.

Paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat. Ini dibuktikan oleh Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky, beliau juga mengatakan , Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol

Kebaikan bijirin oat tidak dapat dinafikan lagi, kerana itu ia antara makanan pilihan untuk mengekalkan hidup yang sihat dan membantu mengawal berat badan, Jadi disaat anda membaca artikel ini diharapkan dapat menjadi titik perubahan kepada anda untuk memilih bijirin oat sebagai salah satu makanan kegemaran anda.

Bijirin Oat di dalam FitLIFE Bites

Resipi Oat Untuk Diet
Bijirin oat Sebagai bahan Utama dalam FitLife Bites Cookies

Kerana kebenaran yang tak dapat dinafikan ini, saya sendiri membuat kajian tentang bagaimana untuk kita menyukai Oat, salah satunya dengan cara menggunakan ia untuk membuat makanan kegemaran orang ramai iaitu ‘Cookies’ saya pasti ramai di luar sana yang gemarkan cookies.

Oat Sebagai asas dalam FitLife Bites Cookies

FitLife bites adalah produk yang berasakan Bijirin oat yang di hasilkan untuk saya membantu kamu diluar sana agar sukakan Bijirin Oat.

BACA: Bagaimana FitLife Bites Mampu Menurunkan Kolestrol Anda

Kerana Sihat itu untuk semua. Pilihlah Bijirin oat sebagai Diet Harian anda 🙂

SPONSORED

1 COMMENT

  1. Boleh x RM bg list resepi2 untuk mknanan berunsur oat.. then oat jenis ape ye yg elok dimakan memandangkan skrg bermcm jenis oat di pasaran.. adakah oat tu dimakan dgn air kosong shj?? Ataupun di blend jd kan jus (eee) hahaha~ blh share lbh lanjut x RM?? Tq..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here