Senaman Aerobik atau senamrobik begitu popular dikalangan kita semua, tidak kira pelajar sekolah sehinggalah golongan ibu-ibu semua mengenali jenis senaman ini.
Senamrobik adalah antara cara menurunkan berat badan yang mudah untuk dilakukan. Tetapi adakah kita mengetahui maksud sebenar sebenar senamrobik?
.. untuk pengetahuan semua menurut American College of Sports Medicine(ACSM) , senamrobik merupakan kegiatan yang menggunakan kumpulan otot besar, boleh dilakukan secara terus menerus, dan berirama secara semula jadi. Ia adalah jenis senaman yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada biasa. Maka dengan kata mudah senamrobik adalah senaman yang melibatkan pergerakan badan mengikut irama dan lagu dan ia merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang baik untuk kesihatan dan penurunan berat badan.
Jadi bagaimana dengan melakukan senamrobik ia boleh membantu untuk seseorang menurunkan berat badan?
1. MUDAH UNTUK DILAKUKAN
Senamrobik merupakan senaman yang mudah dilakukan, kita boleh mendaftarkan diri di pusat kecergasan mahupun melakukanya sendiri di rumah.
Dan alternatif yang paling menjimatkan adalah menyertai kelas senamrobik yang dianjurkan secara percuma oleh sesiapa sahaja termasuk sekolah, pejabat dan dan lain – lain.
Kalau malas untuk menyertai kelas – kelas percuma ini, jom kita beli CD dan pasang di rumah, selain dapat bersenam, kita juga dapat meggalakan anak – anak dan seluruh keluarga mengamalkan gaya hidup sihat ini.
2. CARA MUDAH UNTUK MEMBAKAR KALORI
Ya, senamrobik merupakan sesuatu cara yang mudah untuk membakar kalori, kenapa?
Ini kerana apabila melakukan senamrobik, pergerakan yang diiringi muzik akan mengalihkan fokus minda kita kepada satu keadaan releks dan tenang tanpa menyedari pergerakan masa.
Dengan kata mudah ia mengelakkan kita daripada bosan dan merasa masa begitu lama berjalan.
Maka apabila dilakukan pada satu tahap, ia lebih memudahkan badan membakar kalori berbanding dengan larian mahupun aktiviti lain.
Muzik yang mengiringi senamrobik yang dilakukan juga terbukti salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan dan tekanan yang kita alami seharian.
Percayalah, apabila kita tidak bosan melakukan sesuatu senaman dan kita gembira melakukanya, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan senaman dan menurunkan berat badan sekaligus.
3. CARA MUDAH UNTUK MENINGKATKAN KADAR METABOLISME BADAN
Metabolisme ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa.
Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).
Ini bermakna kita memerlukan kadar metabolism yang tinggi untuk membantu proses penurunan berat badan kita.
Senamrobik merupakan salah satu senaman yang boleh meningkatkan kadar metabolism badan kita, dengan melakukan pergerakan seluruh badan, penggunaan otot – otot badan yang major akan memaksa jantung bergerak dengan lebih pantas dan membakar kalori dalam badan kita.
Tubuh kita akan membakar lebih banyak kalori untuk jangka masa yang lebih lama walaupun selepas kita berhenti bersenam!
Ini bermakna kehilangan berat badan akan sentiasa berlaku jika kadar metabolism kita sentiasa tinggi.
4. BAIK UNTUK SISTEM KARDIOVASKULAR
Apa kebaikannya pula kepada sistem kardiovaskular kita? Senamrobik memberikan kita banyak kebaikan untuk sistem kardiovaskular sekaligus boleh menurunkan berat badan.
Proses penurunan berat badan merupakan satu proses yang unik yang mana banyak sistem badan yang boleh dibaiki dan dirawat disamping menurunkan berat badan.
Antaranya adalah,
- meningkatkan kecergasan fizikal kita,
- memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan,
- meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian,
- mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.
BACA: 5 Makanan Mampu Tingkatkan Stamina
Dengan kata mudah, kita akan lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat, kesemua perkara ini akan membawa kepada peningkatan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan.
Jadi apa lagi?.. jom Senamrobik !