Mencari-cari info makanan untuk kurus? Mungkin anda tertanya-tanya apa itu OTOT IKAN?. Bukan niat saya untuk mempermainkan anda tetapi kebenarannya akan saya rungkai satu-persatu dalam entri kali ini dimana akan saya kongsikan kepada anda bagaimana hubungan jelas antara Ikan dan Kesannya terhadap manusia.
Ikan Merupakan Makanan Untuk Kurus
Ikan sebenarnya membantu pertumbuhan otot dan hubungannya dalam proses penurunan berat badan.

1.IKAN DAPAT MEMBINA OTOT BADAN
Ikan merupakan makanan untuk kurus yang kaya dengan protein. Ikan adalah salah satu pilihan diet terbaik yang anda boleh dipertimbangkan jika anda mahu mendapatkan bentuk badan yang menawan, maksud saya adalah untuk mendapatkan otot dan tubuh badan yang sasa.
Ya, mungkin anda akan mengatakan makan ikan semata-mata tidak boleh menghasilkan otot di badan anda. Secara jelasnya anda perlu pergi ke gym juga untuk mencapai keputusan yang lebih cepat.
Bagaimanapun, bersenam di gym adalah tidak berkesan apabila anda tidak memakan makanan yang sihat, berkualiti dan hanya bergantung kepada scoop protein yang anda minum sebelum bermandi peluh di gym semata-mata.

Badan anda memerlukan sumber nutrien dan protein yang secukupnya untuk membantu pertumbuhan otot dengan baik dan ikan merupakan pilihan yang sangat afdal untuk itu.

Terdapat banyak ikan di luar sana yang kaya dengan nutrisi, tetapi saya akan berkongsi kepada anda tentang kebaikan ikan salmon dalam membantu pertumbuhan otot.
Salmon mempunyai kira-kira 17 gram protein setiap 3 auns hidangan dan ini adalah kurang sedikit daripada jumlah protein yang boleh ditemui dalam 3 auns daging lembu.
Lemak dalam salmon sangat bermanfaat kerana ia adalah agak rendah lemak tepu.
Sekeping, 3 auns salmon mempunyai 5 gram lemak, maka jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang sama daging lembu tanpa lemak.
Perbezaannya ialah 2 daripada 5 gram adalah lemak poli tak tepu (monosaturated fats). Hanya 1 daripada 5 gram adalah daripada lemak tepu (saturated fats).
Jadi mengapa ia penting bagi mendapatkan otot? Sebenarnya ia tidak terlalu penting untuk otot anda, tetapi ia adalah penting untuk kesihatan anda.
Lemak tepu meningkatkan LDLs (atau kolesterol tidak baik) dan menurunkan HDL (kolesterol baik.) Lemak tak tepu pula melakukan sebaliknya dimana meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol yang buruk.
Selain itu ikan salmon juga merupakan sumber terbaik omega yang terdiri daripada lemak omega 3 EPA dan DHA.
Anda sebenarnya boleh mendapatkan sumber EPA secara tidak langsung dari sumber bukan daging seperti kacang dan benih, tetapi sumber DHA hanya terhasil dari sumber makanan laut.
Jadi apa lagi yang anda tunggu, segeralah ke Tesco dan belilah ikan dengan banyak, masak dan makan sebelum ke gym …Hahaa

2. IKAN DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN
Seperti yang saya katakan tadi, saya juga akan kongsikan dengan anda tentang kuasa ikan yang boleh menurunkan berat badan.
Kajian telah menunjukkan bahawa ikan dan minyak ikan boleh meningkatkan penurunan berat badan dan ini disebabkan ikan mempunyai lebih rendah kalori berbanding daging merah dan kuantiti yang lebih besar boleh dimakan untuk jumlah kalori yang sama.
Dimana ikan ini berfungsi untuk membuatkan kita berasa kenyang pada tempoh waktu yang lama.
Harus diingat jika anda berasa kenyang adakah anda akan makan makanan lain? Tidak bukan?
Jadi secara tidak langsung ianya dapat menurunkan berat badan anda kerana anda akan berasa kenyang untuk tempoh waktu yang lama. Ikan juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Oleh itu pengambilan dalam kadar yang tinggi akan menyumbang kepada penurunan berat badan.
BACA: Latihan Untuk Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
Ikan juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Oleh itu pengambilan dalam kadar yang tinggi akan menyumbang kepada penurunan berat badan.

Dari sudut pandangan “tekstur” ? Ikan adalah lebih lembut yang menjadikan ia lebih mudah dicerna berbanding memakan makanan seperti ayam yang mengambil masa yang lama untuk dicerna.
Oleh kerana ikan merupakan salah satu sumber protein yang cepat hadam dan dicernakan, ikan boleh diambil juga sewaktu preworkout dan postworkout.

Selain mengambil ikan, anda juga boleh mengambil supplemen tablet minyak ikan untuk membantu proses penurunan berat badan.
Minyak ikan membantu mengatur hormon leptin yang dihasilkan oleh sel lemak dan hormon ini berfungsi mengurangkan nafsu makan, sehingga mampu membakar timbunan lemak yang dihasilkan oleh badan.
Supplemen tablet minyak ikan ini senang untuk didapati di pasaran seperti di farmasi Watson dan juga Guardian.
Antara jenama supplemen minyak ikan yang pernah saya makan ialah dari jenama Blackmores, Scotts dan Kordels.
BACA: Cara RM Kurus Tanpa Ubat
Ingat juga saya pesan disini kepada anda supaya memilih jenama yang terkemuka, buat kajian dahulu sebelum membeli mana-mana minyak ikan kerana minyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan.
Dr Google kan ada jadi gunakanlah khidmat percuma ini untuk mengenalpasti minyak ikan yang terbaik untuk anda.
Sekian itu sahaja perkongsian saya tentang so called “Otot Ikan” makanan untuk kurus pada entri ini. Ayuh sahabat positif, mulakan diet makanan anda yang seimbang dengan menyertakan ikan di dalam diet makanan harian anda tanpa was-was lagi. Okay.