Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang 3 Rahsia Kurus Tanpa Ubat Yang Saya Amalkan mendapat banyak respon positif pembaca, di harap dengan artikel itu dapat memberi semangat untuk anda memulakan gaya hidup baru untuk lebih sihat.

Dalam artikel kali ini adalah kesinambungan kepada tip nak kurus tanpa ubat yang saya telah kongsikan sebelum ini.

Untuk yang mengalami masalah obesiti, mungkin ia akan menjadi detik perubahan hidup anda.

Jadi, kalau dah tahu sebenarnya menguruskan badan ini boleh menjadi realiti hatta tanpa ubat pun, anda mesti tertanya-tanya..

“Nak mula kat mana?”

“Bagaimana nak mula”

“Apa harus aku buat?”

Betul tak? Mesti persoalan ini sentiasa ada dalam setiap orang, hatta saya pada mula-mula nekad untuk berubah pun bertanya soalan sama. Jadi untuk anda ini adalah

6 Checklist Yang harus anda lakukan untuk memulakan Misi Menurunkan Berat Badan dan mengubah Gaya Hidup

6 Perkara Perlu Dilakukan Untuk Kurus Tanpa Ubat

1. NEKAD –  Untuk masa depan dan badan yang sentiasa sihat

Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time — Thomas A. Edison

Baca quote di atas, betul kata Thomas A.Edison, untuk berjaya sentiasa datang dengan percubaan dan percubaan itu mesti datang dari satu pilihan keputusan yang di panggil Nekad.

Nekad satu perkataan yang berat bagi sesetengah orang, nekad untuk berubah adalah satu saat di mana kita set minda kita untuk berubah.

Setiap apa yang dilakukan di dunia ini pasti bermula dengan satu pilihan keputusan dan keputusan itu lah yang akan memandu kita untuk terus kehadapan dan berubah, begitu juga dengan misi menurunkan berat badan.

Saya yakin, ramai di kalangan kita sudah membuat keputusan dan Nekad untuk berubah, maka anda berada atas landasan yang betul 🙂

Apa itu NEKAD?

NEKAD adalah satu keadaan yang mempunyai kemahuan yang kuat dan berkeras hati.

Sepanjang pengalaman saya dalam misi menurunkan berat badan, saya memang nekad untuk berubah dan saya kejar kemahuan saya itu sehingga mampu menurunkan berat badan hari ini.

Menurut sumber Abramedia.Com dalam bercerita tentang trend kegagalan diet di kalangan masyarakat ada menyebut

“Diet harus ditunjang dengan kekuatan psikologi seperti keberanian membuat keputusan (Nekad) dan komitment ke atasnya”

 

2. CARI INSPRASI – Baca kisah kejayan sebagai sumber motivasi

goal progress and goal inspiration build on each other to form a cycle of GREATER GOAL INSPIRATION AND GREATER GOAL PURSUIT.”  Marina Milyavskaya, Department of Psychology, McGill University

Bercerita tentang Inspirasi, suka saya memetik satu kisah 9 beradik perempuan dalam kisah mitos klasik Greek, dimana terjadinya perkataan MUSE adalah apabila mereka mengispirasikan Seni dan sains untuk membangunkan pemikiran genius, dan Museum perkataan yang berasal dari kata pokok Muse adalah tempat untuk mempamerkan kerja seni dan sains sebagai sumber inspirasi manusia.

Begitu kuat Inspirasi dalam hidup manusia sedari dulu, untuk memajukan dunia manusia hebat mencari inspirasi untuk dikembangkan dan di majukan supaya dunia berkembang maju dan kehadapan.

Begitulah juga dengan gaya hidup sihat, pastinya  setiap atlet dan  jurulatih mencari inspirasi sebagai sumber rujukan dan mengkaji corak latihan dan persembahan atlet yang sudah hebat dan bertaraf dunia sehingga dapat di terapkan dalam latihan dan benchmark kepada atlet baru.

Menurut Mark Thomas, healthguidance.org

Inspirasi dan Role Model sangat penting kepada kita secara psikologinya, ia akan membantu kita sebagai sumber rujukan semasa prose pembangunan kendiri dan faktor yang penting dalam proses membuat keputusan yang akan mempengaruhi masa depan kita.

Ia seperti Survival Function badan kita yang akan membuatkan kita meniru apa yang dilakukan oleh sumber inspirasi kita, ia secara langsung akan membantu kita beroleh kejayaan sama atau lebih daripada sumber inpirasi dan role model kita itu.

Jadi dalam proses menurunkan berat badan, carilah sumber inspirasi anda, kerana ia akan membantu anda secara psikologi untuk terus berusaha. Sumber inspirasi inilah satu elemen motivasi yang patut anda pegang dalam proses menurunkan berat badan.

Kalau saya, saya suka membaca kisah-kisah kejayaan orang yang sudah berjaya menurunkan berat badan dalam buku ataupun di alam maya, tidak cukup dengan itu saya suka mengambil inspirasi Model fitness sebagai motivasi untuk terus berusaha sehingga mampu kelihatan sebagai mereka

Trivia:

Steve Jobs Inspiration: Steve Jobs inspiration behind his massive triumph in life is Edwin Land. A man who blended art and science to produce extraordinary products Edwin Land of Polaroid. Steve Jobs idolized Edwin Land, and it’s clear he learned a lot from him

3. BACA DAN KAJI – Tambah ilmu tentang kesihatan dan amalkanya

“Reading is to the mind, what exercise is to the body. As by the one, health is preserved, strengthened, and invigorated: by the other, virtue (which is the health of the mind) is kept alive, cherished, and confirmed. – Joseph Addison

Membaca dan berfikir tentang kandungan sesuatu buku boleh menambahbaik minda dan pemikiran manusia, satu laporan yang di keluarkan oleh Pusat kesihatan, Rush university, membaca adalah satu proses mengelakan  berlakunya masalah kelembapan, yang mana membaca boleh meneybabkan proses berfikir akan lebih efektif dan memberi kesan kepada tindakan badan kita.selain itu kajian tersebut juga ada meyebut

“Adults who spent their downtime doing creative or intellectual activities (like reading) had a 32 percent slower rate of cognitive decline later in life than those who did not”

Ternyata, membaca dan membuat kajian tentang sesuatu boleh membuatkan kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan kerana ia boleh mempengaruhi tindakan literal badan kita,

Begitu juga dengan proses menurunkan berat badan, proses menurunkan berat badan adalah panjang dan bersepadu di mana elemen Latihan fizikal, pemakanan dan psikologi harus bergabung.

Untuk merealisasikan impian dan target misi menurunkan berat badan, Ilmu yang cukup dan pengetahuan yang banyak amatlah penting supaya kita tahu tindakan yang harus kita lakukan maka membaca adalah jawapanya

Dalam dunia serba canggih dengan kemajuan teknologi, dunia kini hanya boleh di akses dengan sekali sentuh di telefon bimbit kita, maka gunakanya untuk kebaikan.

Baca segala ilmu di alam maya dan boleh beli secara fizikal di kedai buku.

Sepanjang misi menurunkan berat badan, saya banyak membaca buku dan membuat rujukan dalam internet, antara buku yang menjadi rujukan saya adalah, men’s health, men’s Fitness, maskulin dan pelbagai buku rujukan Gym, larian dan pelbagai lagi latihan yag boleh di beli secara fizikal di mana sahaja sekarang.

BACA: Valet Kurus Ridwan Mustafa

Jadi, ini masanya untuk anda memulakan misi menurunkan berat badan dengan membaca. Otak cerdas badan Cergas

Kurus Tanpa Ubat
No junk food words made by post it

4. JAUHKAN DIRI DARI ‘JUNK FOOD” – Belajar megelak dari makan Junk Food, cari alternatif lain

Junk food atau disebut jajan dikalangan masyarakat ini sangat popular. Sehingga ia menjadi suatu kemestian kepada semua orang, tak percaya?

Sambil buat kerja di pejabat – jajan atas meja

Sambil tengok tv – sambl kunyah jajan

Sambil memandu jarak jauh – mesti nak kunyah jajan

Mesti setiap dari kita melauinya bukan? Sehinggakan kita pening mahu memilih jajan jenis apa yang nak di makan.lambakan junk food di pasaran sekarang sangat mempengaruhi trend hidup kita hari ini.

Apa itu junk food? Junk food adalah makanan tinggi kalori , rendah gizi dan jumlah lemak yang banyak. Menurut Webster’s new world college Dictionary

“food that having little nutritional value and processed as with chemical additives”

Ternyata Junk Food atau jajan ini tidak bagus untuk badan dan boleh menyebabkan penyakit kronik dan penyumbang kepada masalah obesity sesebuah negara.

Tahukah anda?

Dalam satu kajian di United State of America (USA), peningkatan 25% masyarakat mengambil junk food dalam diet mereka menyebabkan peningkatan masalah obesiti.

Ia juga salah satu sebab bertambahnya peratusan penyakit kronik yang disebabkan oleh kandungan makanan yang tidak bagus untuk badan kita.

Kerana itu Junk food diklasifikasikan makanan yang tidak bagus untuk diet.

Maka dalam proses menurunkan berat badan, adalah amat penting bagi kita untuk mengelakan dan menjauhkan diri dari junk food.

Tapi persoalanya bagaimana? Menurut pengalaman saya ini apa yang anda boleh lakukan

  1. SUBSTITUTE: Menukar junk food dengan makanan sihat sebagai snack anda, contohnya daripada kita memakan Cip kentang ketika menonton TV, tukar nya kepada Kekacang yang lebih bagus dari segi kesihatan dan fakta nutrisinya
  1. BERHENTI MEMBELI JUNK FOOD: Ajar diri kita untuk tidak membeli junk food! Ini perlu kekuatan mental yang kuat dan anda harus NEKAD untuk berubah dan membuat keputusan
  1. KUNYAH GULA-GULA GETAH TANPA GULA: banyak di pasaran, jika kita kunyah sesuatu dalam mulut secara logiknya kita akan berhenti memakan junk food yang tidak sihat. Ini adalah salah satu cara untuk kita mengurangkan seterusnya menghentikan pengambilan junk food dalam diet seharian. Katheleen M.Zelman, MPH, RD, LD mengatakan

“Chewing Gum can be good for you, not only can it freshen your breath, it can help you overcome cigarette cravings, improve your memory and even HELP YOU LOSE WEIGHT”

Kajian dari Unversity of Rhodes island menunjukan individu yang mengambil chewing Gum akan mengurangkan 68kcal ketika Makan tengahari seseorang, selain itu kajian dari Louisiana State University, Chewing gum mampu membantu mengawal selera makan dan mengurangkan Junk food dalam diet seharian.

4. BERGAUL DENGAN MEREKA YANG CINTAKAN MAKANAN SIHAT

Secara psikologinya, orang disekililing kita akan mempengaruhi cara hidup kita.

Pasti kita pernah dengar tentang satu pepatah, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, mesti tercalit wangianya kepada kita, begitu juga dengan gaya hidup sihat, teman atau kenalan yang kita pilih pastu sedikit sebanyak dapat mempengaruhi gaya hidup kita.

Jika teman kita sukakan makanan sihat pasti kita akan terikut 😊

Itulah serba sedikit tentang Junk Food dan bagaimana untuk jauhinya, ia harus di jadikan amalan hidup dan kita mula mendidik anak-anak kita untuk menjauhkan diri dari junk food ini.

Everyone would be healthier if they didn’t eat junk food.

-Robert Atkins-

Berbasikal dimana sahaja mampu membantu anda mengekalkan kehidupan yang sihat

Baca: Makan Untuk Kurus Bukan Makan Untuk Gemuk

5. SIBUKAN DIRI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI – supaya kita tidak berfikir tentang lapar dan nafsu makan yang macam-macam

Ramai yang mengalami masalah berat badan merasakan poses menurunkan berat badan adalah sesuatu yang sukar.

Sebenarnya ia mudah, cuma yang menyukarkan kita adalah kita fikir ia sangat kompleks dan leceh dilakukan.

Anda perlu mengubah pemikiran anda bahawa menurunkan berat adalah mudah, barulah badan anda akan bertindak secara mudah dan sentiasa bersemangat melakukanya

Salah satu cara yang senang di lakukan adalah, sibukan diri dengan pelbagai aktiviti.

Dengan menyibukan diri, maka secara automatik kita akan menjauhkan diri dari makanan terutamanya Junk Food.

Sekali gus kita sudah mengurangkan jumlah pengambilan kalori

Percaya atau tidak, kadang-kadang waktu kita berasa lapar itu adalah nafsu semata-mata kerana makanan dekat dengan kita.

Cuba kita jauhkan diri dengan makanan dengan melakukan pelbagai aktiviti, kita tidak akan berfikir soal makanan dan hanya fikir soal makan ketika kita lapar pada waktu yang sesuai.

Kajian oleh Dr.Lutes mengatakan dengan meningkatkan activiti harian hanya beberapa minit berbanding kebiasaaan akan membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Contohnya jika sebelum ini anda berjalan 20Min, hanya dengan mmenambah 5-7min dari kadar biasa anda akan mampu menurunkan badan dengan lebih cepat.

Jadi aktiviti harian yang boleh di tambah tanpa kita sedar adalah,

  1. Berjalan dari parking kereta ke pejabat.
  2. Naik tangga.
  3. berjalan pusing pejabat dari tempat duduk sejam sekali dan pelbagai lagi

Nampak simple tapi kesannya amat bagus jika kita sentiasa amalkan 🙂

Baca: Jom Lakukan Senaman Di Rumah

6. KONSISTEN – Tanpa konsistensi, misi menurunkan berat badan pasti gagal

Success isn’t always about greatness. It’s about consistency. Consistent hard work leads to success. Greatness will come”

Dwayne Johnson

Konsisten atau Istiqamah, adalah perkara yang paling sukar untuk di lakukan. Ada orang bersemangat untuk menurunkan berat badan, tapi seramai mana yang mampu lakukanya dengan konsisten? Ini adalah persoalan yang sering di tanya,

“bagaimana nak konsiten dan terus bermotivasi dalam menurunkan berat?” “macam mana nak kekalkan motivasi dalam menurunkan berat?”

Konsisten Makan : makan makanan sihat dengan pemilihan makanan yang betul secara konsisten sangat  membantu dalam menurunkan berat badan.

Konsisten Latihan : Konsisten latihan ni contohnya, seprti yang di kemoenkan oleh kemneterian kesihatan Malaysia, bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan 20 minit setiap sesi.

Lakukan secara berterusan sehingga anda dapat berat dan bentuk badan yang di ingini, paling penting adalah untuk kesihatan sepanjang hayat.

Kosisten Rehat : Rest is the part of the training, rehat yang cukup akan membenarkan badan memulih segala kecerderaan otot dan badan serta penting dalam pemulihan dari aspek psikologi.

Ia adalah sangat penting untuk membentuk otot badan, menambah kekuatan dan menurunkan berat badan.

Over training akan menyebabkan badan cedera dan tidak boleh berfungsi secara normal.

Menurut Michigan State University, Terdapat dua jenis recovery

  1. Immediate or short term recovery – ini biasa dilakukan sejurus selepas sesuatu latihan contohnya low intesty training dan regangan selepas latihan ketika fasa menyejukan badan
  2. Long term recovery – pemulihan secara bermusim dalam waktu yang panjang, contohnya beberapa hari atau minggu bergantung kepada jenis dan jadual latihan seseorang.

Tidur pula adalah proses merehatkan badan yang sangat penting untuk proses pemulihan tisu rosak.

Lihat betapa pentingnya konsistensi dalam melakukan apa sahaja, kerana konsisten ini lah yang akan menentukan nilai hidup kita di masa depan.

Biar kita sihat fizikal dan mental sekaligus menabahkan aura positif dalam diri kita 🙂

Akhirnya ;

You might have heard the saying, If you are persistent, you will get it. If you are consistent, you will keep it.Everyone wants consistency, whether it regards running a business, investing, supervising employees, dieting, exercising or parenting. Consistency develops routines and builds momentum. It forms habits that become almost second nature.Small disciplines repeated with consistency every day lead to great achievements gained slowly over time.

SELAMAT BERAMAL 🙂

SPONSORED

1 COMMENT

  1. Ramai org fail bab konsisten tu, kebanyakannye sebab tak ubah habit. Bila kite berjaya ubah habit kite proses diet akan terase mudah dan automatik. Boleh baca kat sini pasal cara nak ubah habit supaya mudah kuruskan badan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here